Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, November 16, 2012

MAKAM NURUL IZZAH LEBIH HEBAT DARI TOK GURU!!



Nurul-Izzah-Melayu-Islam (1)

Selama ini, PAS sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka. Kononnya, hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam. Kata-kata Tok Guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para mufti mahupun Majlis Fatwa. 

Malah, seorang yang jahil juga, jika menjadi ahli PAS akan secara automatik dianggap alim. Yang berzina, meliwat, berkhalwat, menipu, rasuah dan apa saja maksiat di dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli atau sekutu PAS. 

Menentang Islam juga tidak salah, sekiranya bekerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO. 

Memperjuangkan hak untuk murtad juga boleh dijulang menjadi pejuang Islam, sekiranya tindakan individu tersebut mampu membantu politik PAS dan menjatuhkan UMNO.

Ertinya, sekiranya anda menjadi ahli PAS atau berbaik-baik dengan PAS atau memusuhi UMNO, maka anda boleh melakukan apa saja kejahatan atau maksiat di dunia ini dan akan tetap dipandang mulia atau jauh lebih Islam dari UMNO. 

Malah orang kafir yang menyokong atau bekerjasama dengan PAS juga adalah lebih Islam dari UMNO.

Berdasarkan hakikat ini, maka kita merasa amat terkejut apabila dengan tidak semena-mena, Dewan Ulama PAS enggan mengambil pusing akan isu terbaru yang melibatkan agama, hukum Islam dan juga akidah umat Islam. Malah, Dewan Ulama PAS menyerahkan kepada orang ramai untuk memutuskan sendiri akan perkara ini.

Mungkin kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul Izzah, maka Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu, tidak mampu mengeluarkan pendapat, pandangan mahupun hukuman dalam isu kebebasan memilih agama bagi Umat Islam. Menurut beliau, Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak.

Secara tidak langsung, Harun Taib meletakkan Nurul Izzah lebih tinggi dari Ulama dalam memperkatakan isu berkenaan agama sehinggakan beliau sebagai Ketua Dewan Ulama sendiri tidak layak untuk mengulas kenyataan Izzah.

Kata-kata Nurul Izzah adalah terang dan jelas, lengkap dengan rakaman video dan transkrip. Kata beliau, “Bila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam agama…bagaimana saya boleh berkata, maaf ini hanya termaktub kepada bukan Melayu, sedangkan ia bersifat sama rata.” Maksudnya juga mudah untuk ditafsirkan iaitu Melayu atau Umat Islam juga berhak untuk menukar agama.

Benar, agama Islam adalah berakar tunjang dari hati atau roh dan tidak boleh diterjemahkan di atas kertas kad pengenalan mahupun tudung dan serban. 

Namun, bagi Nurul Izzah untuk menyatakan bahawa Umat Islam berhak menukar agama adalah merupakan satu kesalahan secara spiritual, syariat Islam dan perlembagaan negara.

“Untukku agamaku dan untuk mu agamamu.” Jelas, Islam tidak memaksa, tetapi Islam meletakkan kesempadanan yang tegas terhadap murtad. Murtad atau keluar Islam atau menukar agama adalah satu kesalahan besar dalam Islam. Murtad tidak boleh dimaafkan, dengan kata lain Umat Islam tiada hak untuk murtad. Umat Islam murtad bukan kerana beliau berhak tetapi kerana jahil atau sesat.

Namun, Izzah melihat ‘murtad’ sebagai hak asasi, sama seperti puak penyokong IFC dan penganut fahaman liberal dan pengamal pluralisme. Sedangkan, Islam mengatasi semua agama ciptaan manusia. 

Oleh itu, ‘hak asasi’ untuk murtad adalah tidak relevan sama sekali bagi mereka yang benar-benar memahami Islam.

Memandangkan Izzah bukan Ulama, maka tidak hairanlah jika beliau melihat Islam dari sudut mata kasar. Tetapi, apabila Ulama PAS sendiri angkat tangan mengaku kalah dengan Izzah, serta membiarkan orang ramai yang membuat keputusan sendiri, maka tidak salah jika kita menyatakan bahawa Ulama PAS bersetuju dengan Nurul Izzah iaitu Umat Islam berhak menukar agama.

Dalam kata lain, Ulama PAS juga melihat Islam dari mata kasar sepertimana Izzah, dan bukan memahaminya secara rohaniah. Dan ini juga tidak mengejutkan kerana telah terbukti bahawa Ketua Dewan Ulama PAS sendiri meletakkan dirinya lebih rendah dari Nurul Izzah dalam soal agama.

Justeru, wajarkah jika penyokong PAS terus menyokong parti itu atas alasan agama? Sedangkan Nurul Izzah seorang yang tidak pernah mendalami agama juga diletakkan lebih tinggi dari Dewan Ulama?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa