Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, November 17, 2012

GEMPAR:ANAK PEMIMPIN PKR PILIH UNTUK KELUAR DARI AGAMA ISLAM???





“Salah seorang anak kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dilaporkan telah memilih untuk keluar dari menganut agama Islam dan mendaftarkan diri sebagai salah seorang penganut agama Yahudi. 
Melaporkan dari ibu pejabat IFC, anaknya yang baru saja murtad dari agama asalnya itu bertegas bahawa tindakannya itu tidak salah sama sekali dan selari dengan perjuangan ibunya yang memperjuangkan hak kebebasan beragama selepas berusia 18 tahun. 
Cucu kepada Anwar Ibrahim itu turut merasa bangga kerana berjaya menyempurnakan aspirasi ibu dan datuknya itu sekaligus mengajak ramai lagi rakan-rakan yang berusia 18 tahun sepertinya untuk mengikut jejak langkah yang diambil.” – Haramkah Daily

Cuba bayangkan pada 18 tahun akan datang, umat Islam di negara ini berpeluang untuk membaca laporan dari media seperti yang di atas.

Apa yang terbayang di wajah anda semua sebagai penganut agama Islam?

Apakah anda tidak rasa apa-apa dan menganggap insiden tersebut hanyalah perkara biasa atau ia sepatutnya tidak terjadi?

Cuba bayangkan pula apakah perasaan anda sekiranya yang keluar dari agama Islam itu adalah anak anda sendiri. Sanggup membayangkannya?


Pada saya, bukan sekadar membayangkan, memikirkan perkara seperti di atas pun mampu membuat saya gusar gelisah memikirkan masa depan aqidah generasi yang akan datang yang begitu mudah tergadai akibat kesilapan seorang pemimpin politik pembangkang.

Saya tidak dapat membayangkan apakah Nurul Izzah sanggup berhadapan dengan insiden tersebut pada 18 tahun akan datang!

Namun, itulah yang mungkin akan berlaku sekiranya Pakatan Haram dibiarkan menjajah negara ini di mana segala dakyah dan doktrin songsang bakal dilaksanakan tanpa berfikir tentang kesan-kesan yang bakal terjadi.

Berapa ramaikah anak-anak kita yang akan murtad jika Pakatan Haram dibiarkan memerintah di Putrajaya dan siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini?

Pada saya, elok rasanya saya menuding jari kepada Pakatan Haram.

Sekiranya ia berlaku, maka Nurul Izzah merupakan orang yang paling gembira dan dia boleh berpuas hati dengan hasil perjuangannya yang berjaya memastikan ramai umat Islam yang murtad sewenang-wenangnya.

DAP pula akan tersenyum lebar memandangkan agenda IFC dan agenda memecah-belahkan bangsa Melayu serta umat Islam di negara ini telah berlaku di mana mereka boleh mengambil kesempatan untuk merepublikkan Malaysia.

PAS? Pada para penganut agama PAS, isu anak-anak umat Islam yang memilih untuk keluar dari Islam pada umur 18 tahun hanyalah satu isu remeh dan tidak perlu dipedulikan, begitulah kata mereka di Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung, bukan?

Persoalannya, apakah kita yang menyedari mengenai ancaman tersebut hanya mampu tersengih-sengih macam kerang busuk, berpeluk tubuh dan membiarkan saja perkara tersebut berlaku tanpa sebarang bantahan?

Harapnya ia tidak akan berlaku.

Dari awal lagi saya memohon dari Nurul Izzah supaya menarik balik kenyataannya itu dan mengaku tentang kesilapannya yang terlanjur kata di majlis forum berkenaan.

Namun, sehingga kini dia tidak berbuat demikian. Malah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dipertahankan pula oleh kedua ibubapanya dan para “penganut agama” PAS, jauh sekali dari mengaku atau meminta maaf dari ketelanjuran itu.

Apa salahnya meminta maaf? Ego? Sudah terlanjur kata, tapi enggan menarik balik, mengaku silap dan memohon maaf. Susah sangatkah untuk berbuat demikian?

Pada saya, selagi Nurul Izzah tidak berbuat begitu, selagi itulah dia bakal diserang oleh seluruh umat Islam yang sayangkan aqidah umat Islam yang akan datang.

Sampai bilakah anak sulung Anwar itu mahu berdegil? Dia mahu berdegil sehingga anaknya murtad dan memeluk agama lain? Begitu?

7 comments:

Anonymous said...

dah agak dahh.. tajuk dgn content langsung tak kena, tak pasal2 aku tak baca pun posting ni... just scann sajer cari point kot2 ada yg sangkut dgn tajuk, rupanya tak ada, so aku close jer blog ni cukuplah ditipu untuk beberapa kali dulu.

Anonymous said...

Nik Aziz support statement Nurul? Kalau tak support kenapa tak suruh dia tarik balik?

Anonymous said...

This is my first time pay a quick visit at here and i am
actually happy to read everthing at one place.
Here is my web page :: slot machine games on line

Anonymous said...

Hey are using Wordpress for your blog platform? I'm new to the blog world but I'm trying to get started
and create my own. Do you require any coding knowledge to make
your own blog? Any help would be really appreciated!


My page: http://www.youtube.com/watch?v=LITm1tEpdAw

Anonymous said...

batu api je ..

Anonymous said...

undi pkr pas undi halalkan pelacuran agama kita. jangan undi mereka. satu tulisan yg baik demi menyedarkan melayu yang lupa...

Anonymous said...

Ahaa, its good conversation about this article here at this
website, I have read all that, so now me also commenting here.


Review my web page :: how to make money fast online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa