Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, October 12, 2012

PERLUKAH TOK ALI HALAU TETAMU PADA HARI ITU???




SEBETULNYA isu kenduri majlis perkahwinan anak sulong Ketua Menteri Melaka yang dihadiri lebih 130,000 orang rakyat Melaka ini, bukan satu masalah pun.  Kalau orang nak menyeleweng, banyak cara dia boleh buat dan diamkan, bukan bodoh benar nak tunjuk depan rakyat terang-terang dengan adakan majlis kenduri kahwin besar-besaran.

Kenduri kahwin pun seperti yang ramai tahu, bukan dipaksa kepada sesiapa untuk hadir.  Tak pernah penulis dengar ada orang berbunuh sebab tak hadir kenduri kahwin setelah dijemput, ada ke?

Jadi kalau orang nak berduyun-duyun datang ke majlis kenduri pemimpin macam Ali Rustam, apa nak dihairankan?  Beliau orang terkenal, pemimpin negeri dan sepanjang jadi Ketua Menteri Melaka dah beribu pulak kenduri kahwin rakyat yang beliau hadiri sepanjang pegang jawatan itu.

So, rakyat nak balas balik dengan hadir beramai ke majlis perkahwinan anaknya, nak bising apa?

Cukup tak cukup bajet ke, kena usahalah cari mana dapat, takkan nak dihalau pulak rakyat yang datang ke majlis kenduri tersebut atau biarkan mereka tak makan semata-mata takut pembangkang jadikan isu?

Ini yang bebal namanya dan Pakatan Rakyat kebetulan memang penuh orang bebal.  Mana nak terfikir benda-benda macam ini!!  Pakatan haram ini lebih suka Ali Rustam halau rakyat yang datang kenduri kahwin anaknya, senang nanti depa nak kempen Ali Rustam pemimpin sombong pulak.

Sebetulnya memang lumrahnya kalau dah namanya pembangkang, mana-mana pun tak kena dan salah, oleh yang demikian usahlah ambil pusing.

Cuma yang penting dalam hal ini untuk rakyat tahu, inilah pun rupanya politik pembangkang.  Akal lain tarak, apa perkara pun nak dijadikan isu, waima dalam soal mengadakan kenduri kahwin.

Itu hari Perdana Menteri pun kena juga bila adakan  majlis pertunangan anak.

Sebetulnya Pakatan haram ini dengki sebab kenduri kahwin Ali Rustam menerima sambutan rakyat.  Depa dah pukul canang satu Melaka yang Ali Rustam ini pemimpin korup dan maka itu patut dibenci, apa sekali bila beliau buat kenduri, beratus ribu yang datang.

Mana tak berbulu mata, lebih-lebih lagi mata Sam Ketot  – calon PKR untuk kawasan Bukit Katil tempat Ali Rustam bermaustatin dan jadi Ketua Bahagian UMNO di sana.

Bersih 3.0 tempoh hari pun tak sampai suku dari majlis kahwin anak Ali Rustam tau.

Gelabah puyuh punya pasal tengok sambutan rakyat begitu hebat, maka dipusinglah isu kepada kononnya berlaku penyelewengan.  Busuk betul hati Pakatan Rakyat ini ya, berpolitik tak kira tempat, semua perkara pun dia nak pulun.

Tapi jangan kita kang serang peribadi pemimpin dia waima video seks yang terang-terang tunjuk muka.  Betul salah tolak belakang, yang nampak “UMNO main isu peribadi”, itu sajalah taktiknya, lapok dan ketinggalan zaman.

Menyedihkan betul.--SUMBER

3 comments:

Anonymous said...

MEMANG PEMBANGKANG X ADE OTAK...KJENYA CARI SALAH ORANG LAIN MACAM DEPA TU BTUL SGT2..EEE MENYAMPAH SSGT...DEPA X DE KJE MAKAN TANGGONG BERAK CANGKONG...

Anonymous said...

betul tu bro.

den ado poie majlis tu. mereko datang secara suko relo. tak do sapo pakso.

tompek pun kat dewan tun ali, dewan orang ramai, bukannyo grand ballroom hotel 5 star.

bebudak kendarat pun dari bebudak kampung & belia yang datang secaro sukorela.

makanan yang disediokan adolah menu biaso majlis kahwin cara orang kampung. tak ado majlis mewah pun. yang penting semuo dapek makan.

majlis tu dah macam perjumpaan keluargo. ramai yang dapek bertomu sanak saudaro yang dah lamo tok jumpo. ado jugo yg dapek jumpo kengkawan lamo.

den sompek jugo berbual dengan beberapo pegawai kerajaan. ramai yang hadir jugo dapat bertemu dongan beberapo pegawai kerajaan dan meluahkan beberapo masa'alah mereko.


semuo yang hadir gembiro. dapek bawok anak bini, mak bapak poie majlis kawin anak ketuo mentori.

langau-langau muko tak tau malu tu jo yang buek bising. depa tu dijemput tapi malu nak poie.

ramai puak-puak pakatan yg poie. tak do sapo pun yang prejudis pado mereko dan mereko semuo dilayan dongan baik.

tontang kos tu, ramai yang bagi sumbangan. ramai yang nak salam tok ali dan bagi sumbangan. tak ado sapo yang pakso pun. laie pun tok ali selalu poie majlis kahwin orang melako terutamonyo yang kat kampung yg jauh di pendalaman. samaso poie majlis kahwin, dio lihat kemajuan kampung pendalaman tersobut. ramai yang mengadu masal pado dio. bilo tok ali jomput diorang pun datang la. ado tu dijoput secaro lisan oleh kaum kerabat tok ali.

ado ramai yang terkilan tak dapek hadier majlis tersobut kerano ado hal lain walaupun dijemput.

mereko semuo berharap tok ali akan menjemput lagi untuk anak yang berikutnyo.


akhirkato "BIAUKAN LANGAU-LAGAU TU TORJUN DONGAN LABU-LABUNYO"

Anonymous said...

Langau! Tepat sekali. Jenis serangga ini memang suka buat bising dan menyebok. Terbang sana sini membawa kuman penyakit. Warna hitam menjijikkan. Membiak di tong-tong sampah dan lagi best bagi mereka, di bangkai mereput serta najis busuk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa