Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, October 14, 2012

PERDANA MENTERI UMUM TARIKH PILIHANRAYA UMUM!!!???



Penampang: Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, Barisan Nasional (BN) bersedia mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa kerana rakyat percaya kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN sudah menepati semua janjinya dan rakyat juga berkeyakinan penuh apa yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2013 hujung bulan lalu, akan dilaksanakan dan dinikmati mereka. 

“Bila kita umum Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), semua yakin tahun depan akan dapat. Sebab itu kita nak buat pilihan raya bila-bila boleh kerana rakyat yakin dengan kita... apabila janji, kita tunaikan,” katanya pada majlis Pecah Tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) dan Perasmian Jambatan Inobong di sini. 

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti yang juga Ahli Parlimen Penampang, Tan Sri Bernard Dompok dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said.

Pembinaan ILMAN yang bernilai RM33 juta akan dimulakan bulan depan di tapak seluas dua hektar di Kampung Pagansakan, Inobong di sini, manakala Jambatan Inobong sepanjang 84 meter siap pada Februari lalu sebagai laluan alternatif kepada lebih 2,000 penduduk.

Perdana Menteri berkata, tanggungjawab mentadbir negara bukan perkara mudah dan atas sebab itu kerajaan tidak berbelanja mengikut kehendak atau nafsu semata-mata untuk meraih populariti dan sokongan rakyat.

“Pembangkang pada 2008 nak menang (PRU) tabur janji... tapi tanya rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, banyak mana janji sudah dilunaskan kerajaan negeri selepas empat tahun berkuasa, 100 peratus jauh sekali, 90 peratus (ditunaikan) tidak disokong dengan fakta. 
Pembangkang dibidas

“Kalau kira peperiksaan, (pembangkang) dapat gred D barang kali atau gagal. Senjata pembangkang cuma tiga, pertama kutuk, kedua hasut dan ketiga janji. 

“Ini saja tiga senjata pembangkang, mereka kutuk saya dan isteri buat tarian Sumazau, walhal saya menghormati kebudayaan orang Kadazandusun dan orang Sabah,” katanya.

Perdana Menteri turut membidas pembangkang yang membuat tuduhan dan menghasut rakyat negeri ini kononnya kerajaan merampas hak rakyat Sabah.

“Kerajaan Persekutuan tidak pernah rampas hak rakyat Sabah. Saya ingin nyatakan jangan sesekali menghasut rakyat negeri ini kononnya kita rampas hak rakyat Sabah, malah kita bagi lebih lagi,” katanya.

Beliau juga secara sinis membidas bekas pemimpin BN di negeri ini yang keluar parti untuk menyertai pembangkang.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembinaan sekolah menengah di Moyog di sini, untuk disenaraikan dalam projek yang akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran tahun depan, selain kelulusan membina dewan orang ramai dan pusat Permata Negara di Inobong.--BH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa