Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, October 21, 2012

PERDANA MENTERI SANGAT "ZALIM" PADA GOLONGAN INI!!!



JANGAN MARAH PEROKOK SEMUA...
ADA BAIKNYA CEPAT-CEPAT BERHENTI MEROKOK...
KERAJAAN NAIK CUKAI...
JANGAN MARAH PULAK...
FIKIR SECARA POSITIF...
KALAU NAK MARAH KERAJAAN JUGA...
JANGAN BELI ROKOK...
JADI KERAJAAN TAK DAPAT CUKAI DARI DUIT ROKOK KORANG...
KORANG DAPAT JIMAT DUIT...
BADAN SEHAT DUIT PUN BERTAMBAH!!!

JPX

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) hari ini mengumumkan kenaikan harga rokok tertentu berkuatkuasa esok.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berikutan daripada kenaikan eksais dan cukai.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 18 Oktober lalu secara rasmi memaklumkan peningkatan mandat dalam harga ex-factory rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuatkuasa 19 Oktober lalu,” katanya

Justeru, William berkata, harga rokok Dunhill bermula esok RM10.20 sekotak, Kent (RM10.20), Peter Stuyvesant (RM8.70), Pall Mall (RM 8.70) manakala Pall Mall Plain (RM10.60).

Selain itu, katanya, harga rokok Benson & Hedges pula RM10.20 sekotak, Lucky Strike Plain (RM10.60) dan Rothmans International pula RM10.60 sekotak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa