Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, October 18, 2012

ORANG MELAKA HEBAT BELAKA:BERJAYA BODOHKAN DAP PENANG!!!



TANPA kita sedar, gerakan memindahkan ahli-ahli DAP dari Melaka ke Pulau Pinang sedang rancak dijalankan.  Maklumlah, Melaka adalah bumi yang DAP, PKR dan PAS tidak boleh cari makan, nak nak pulak PAS, sepanjang umur ditubuhkan belum pernah menang waima satu kerusi di Melaka.

Asal tanding lingkup, asal tanding lingkup – dengan UMNO.

Bagaimanapun, penulis bukan nak tulis soal itu tapi tentang cina DAP Melaka yang perlahan-lahan pindah nama untuk mengundi ke Pulau Pinang.

Yang agak memeranjatkan, ikut sekali pindah ialah suku sakat Tokong Lim iaitu isteri dan adik perempuan bongsunya yang asal usul dari Johor tapi lama berkelana di Melaka.

Kini dah nak ke Pulau Pinang pula.

Sudah tentu bukan pindah saja-saja nak menambah undi, tapi untuk bertanding juga.  Sedang kita bercakap ini, khabarnya beberapa kawasan di Pulau Pinang sudah diperuntukkan kepada nepotis-nepotis Tokong Lim untuk diisi. 

Khabarnya juga, mana ADUN DAP yang menang secara paracut itu hari, bakal tersingkir untuk digantikan dengan nepotis-nepotis Tokong Lim dari Melaka.

Nak-nak pulak kalau ADUN tersebut cakap English pun berterabur dan blur-blur macam orang  mabuk laut, semuanya boleh berkira-kira cari makan cara lain sebab tempat masing-masing nak diisi nepotis-nepotis dari keluarga Tokong Lim.

Besar Pulau Pinang itu penulis rasa, dengan pulaunya, dengan tanah besarnya.  Tapi dalam besar-besar itupun Ketua Menteri dan barisan Exco tetap diimport dari Melaka juga.  Orang DAP yang sedia ada di dalam negeri Pulau tersebut, bodoh macam lembu, nak jadi Ketua Menteri pun tak tahu.

Rakyat dalam hal ini kena jaga-jagalah.  Pilihanraya akan datang ini pasti meriah dengan saudara mara suku sakat Lim, Singh dan Ibrahim.  Memang pilihanraya dan politik ini medan cari makan anak beranak depa sebab jamin pendapatan sampai ke sudah – walaupun kalah (pencen ADUN/MP maaa…).

Mana ada cerita nak tolong rakyat.  Orang lain yang bukan salasilah mana-mana satu di atas, bolehlah hirup kuah yang isinya dah dibelasah mereka anak beranak.

Kalau puak-puak ini ditakdirkan menang pilihanraya besok (penulis kata kalau), buat pertama kalinya dalam sejarah negara kita, mesyuarat kabinet yang sebenarnya akan betul-betul buat dekat kabinet - kabinet dapur rumah masing-masinglah. 

Yang rasmi setiap hari Rabu atau Jumaat itu hanya mengangguk dan mengesahkan apa yang sebenarnya telah diputuskan di kabinet dapur tadi rumah masing-masing tadi.

Oh kelamnya masa depan negaraku di tangan puak-puak ini.--SUMBER

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa