Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, October 06, 2012

GEMPAR:ADAM ADLI DIMAKI HAMUN ANWAR IBRAHIM KERANA KALAH TERUK???!!!




Keputusan Pilihanraya Kampus 2012 (PRK 2012) sudahpun diketahui umum menyaksikan mahasiswa Pro Aspirasi (Pro-A) semakin menguatkan sokongan apabila menguasai sebahagian besar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di IPTA seluruh negara.

Daripada sejumlah 20 IPTA, 12 buah darinya sudah sah dikuasai oleh Pro-A, antaranya UiTM, USM, UUM, UTM, UMK, UPM, UPSI, UPNM, UMP, UniMAP, UTeM dan UTHM.

Hanya dua IPTA sahaja iaitu UM dan UKM dapat dikuasai oleh kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) yang diketahui condong kepada pembangkang dan amat sinonim sebagai proksi rasmi kepada PR di dalam kampus.

Status sebenar UM bagaimanapun masih lagi mengelirukan memandangkan kedudukan rasmi tika ini, Pro-A menguasai 19 kerusi manakala Pro-M pula 20 kerusi. Dua kerusi lagi dipegang calon bebas yang dipercayai mungkin akan bersama Pro-A.

Baki dua kerusi selebihnya terpaksa melalui pertarungan sekali lagi selepas calon Pro-A dan Pro-M berkongsi jumlah undi yang sama.

Walau apapun keputusan rasminya kelak, yang jelasnya Pro-A telah berjaya meningkatkan pencapaiannya di UM berbanding pada PRK 2011 yang lepas mereka hanya menang di 16 kerusi sahaja.

Jika diimbas senario PRK 2011 yang lalu, UM adalah satu-satunya IPTA yang merekodkan kejadian mistik apabila seorang calonnya dari Pro-M didapati ‘hilang’ secara mistik. Misteri yang menyelubungi anak perempuan kepada seorang pemimpin muslimat PAS itu hingga kini masih lagi menjadi sindiran sinis ramai pihak.

Untuk rekod, calon yang ‘hilang’ itu adalah isteri kepada Safwan Anang yang juga merupakan salah seorang penggerak Pro-M di UM dan pernah beberapa kali menyertai demonstrasi jalanan yang dikelolakan oleh parti pembangkang.

Lebih menarik, di UM beberapa tahun lampau pernah juga kecoh dengan insiden kepala khinzir diletakkan dalam surau bersama bendera PAS. Rentetan dari itu membawa kepada undi simpati melimpah ruah untuk calon Pro-M.

Beberapa tahun kemudian barulah masyarakat umum dan warga UM menyedari insiden kepala khinzir itu adalah strategi yang digunapakai oleh Pro-M semata-mata untuk memburukkan Pro-A seterusnya meraih laba kemenangan simpati darinya.

Tidak mustahil, kebangkitan Pro-A di UM kali ini adalah manifestasi penolakan mereka terhadap gerak kerja politik kumpulan Pro-M yang dilihat sudah melampau batas dan semakin tersasar jauh dari matlamat utama yakni mendahulukan kebajikan pelajar.

Dalam perkembangan berkaitan, kekalahan teruk Pro-M di UPSI merupakan antara peristiwa manis untuk dikenang kerana pada tahun ini IPTA itu pernah dihimpit kontroversi apabila salah seorang pelajarnya, Adam Adli dan beberapa kuncunya telah terbabit dalam beberapa insiden yang memalukan nama baik UPSI.

Keputusan rasmi untuk UPSI merekodkan 25 kerusi berjaya dirangkul oleh Pro-A, berbanding hanya 21 kerusi sahaja yang dimenangi mereka pada sesi lalu. Manakala pengaruh Pro-M pula kian merosot dari 8 kerusi kini hanya berbaki 4 sahaja. Jelas hanya sebahagian kecil pelajar sahaja yang masih terikut rentak pembangkang.

Sementara itu, baki 5 IPTA lagi seperti Unimas, USIM, UMS, UniSZA dan UMT dikuasai oleh calon MPP yang tidak terikat dengan kumpulan Pro-A mahupun Pro-M, tapi cenderung untuk mesra dengan pihak pentadbiran universiti.

Manakala di UIA, pengundian terpaksa dilakukan semula dalam tempoh seminggu dari sekarang. Berdasarkan pada rekod IPTA tersebut yang terkenal sebagai kubu kuat pembangkang, berkemungkinan Pro-M akan mengekalkan penguasaan mereka tapi dengan jumlah kerusi yang lebih rendah.

Secara keseluruhannya, PRK 2012 menjadi titik tolak penting yang menggambarkan pendirian mahasiswa dan belia. Jelas sekali mereka menolak kehadiran kumpulan pelajar yang rapat dengan agenda parti pembangkang.

Barangkali sukar untuk pimpinan parti-parti pembangkang menerima hakikat bahawa ideologi dan susur galur perjuangan mereka sudah semakin pudar dari perhatian ramai khususnya dikalangan para belia kita.

Keputusan PRK 2012 sebenarnya lebih dari mencukupi sebagai bukti sebahagian besar orang muda dan para belia sudah serik dan semakin jauh dari jangkauan dakyah pakatan pembangkang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa