Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, October 16, 2012

FACEBOOK, TWITTER, BLOG DAN YOUTUBE AKAN DIHARAMKAN TIDAK LAMA LAGI



KUANTAN – Semua parti politik diingatkan supaya tidak menjalankan kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti termasuk penggunaan media baru seperti facebook, twitter, blog atau sebagainya.

Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata, SPR akan mendapatkan kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu.

“SPR sudah memberikan tempoh yang cukup kepada parti yang terlibat dalam pilihan raya untuk mengadakan kempen. Justeru gunakanlah masa yang diberi itu sebaik-baiknya, serta hentikan kempen bila sudah tamat waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat pada Majlis Perjumpaan Bersama Wakil Parti Politik dan Media Negeri Pahang Bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini, semalam.

Katanya, SPR tidak mempunyai kepakaran untuk menangani masalah tersebut serta memerlukan kerjasama SKMM selaku badan yangbertanggungjawab menguruskan hal berkaitan komunikasi.

“Jika dahulu, kempen yang dijalankan mungkin hanya melibatkan penggantungan bendera atau poster-poster sesebuah parti politik. Namun

kini dengan kecanggihan teknologi, terdapat banyak medium yang boleh dijadikan penyebar maklumat.

“Justeru, saya harap semua parti politik dapat mematuhi undang-undang ini supaya bebas daripada sebarang tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, SPR turut meminta pengundi untuk meletakkan kepercayaan kepada suruhanjaya itu sebagai pelaksana pilihan raya yang

telus.

“Jangan ada rasa ragu-ragu terhadap pegawai SPR yang bertugas ketika pilihan raya nanti kerana perasaan itu akan mendorong seseorangberfikiran negatif sekali gus meletakkan SPR sebagai badan yang tidak jujur.

“Cuba tanamkan keyakinan kepada SPR kerana kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik ketika hari mengundi serta menjalankan

tanggungjawab dengan penuh kejujuran,” katanya.

Dalam sesi taklimat itu, turut diadakan demonstrasi proses pengundian dan penggunaan dakwat kekal.--SH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa