Ura-ura kewujudan konspirasi untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sudah lama diketahui umum terutama sekali semenjak tercetusnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang hangat diperdebatkan selepas Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu.
Walaupun bukan satu rahsia pencetus idea ke arah pembentukan UG datangnya dari Presiden PAS sendiri namun fokus kemarahan pemimpin lain yang pro Anwar Ibrahim (Anwarinas / Erdorgan) tetap terarah kepada Ustaz Nasharuddin disebabkan peranannya sebagai antara perantara penting yang membawa kepada pertemuan antara pemimpin UMNO dan PAS.
Tika ini sekalipun usaha mereka telah berjaya melumpuhkan lebih separuh kekuatan pengaruh Ustaz Nasharuddin, namun sisa-sisa pengaruh beliau diakui masih mampu mengancam perancangan kumpulan Anwarinas untuk menguasai sepenuhnya struktur kepimpinan PAS.
Lantaran itu apabila media perdana menyiarkan foto pertemuan Ustaz Nasharuddin dengan Perdana Menteri di Kota Suci Mekah bersama beberapa ulama Arab Saudi diikuti respon keras oleh Ustaz Nasharuddin yang mahu PAS mengkaji semula hubungan dengan PR khususnya DAP, peluang tersebut segera diambil oleh kumpulan Anwarinas bagi menekan pucuk pimpinan PAS untuk menyingkirkan terus Ustaz Nasharuddin dari parti.
Sebagaimana mereka berjaya menyingkirkan bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali atas alasan melanggar dasar PAS, demikian juga mereka yakin dengan alasan sama Ustaz Nasharuddin akan dapat disingkirkan.
No comments:
Post a Comment