Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Recent Posts

Sunday, September 23, 2012

MARI SEDEKAHKAN SURAH AL-FATEHAH UNTUK ROH ALLAHYARHAMAH



Di Saat Si Anak sangat memerlukan sokongan dari ibu untuk meneruskan perjuangan, Si ibu telah pergi buat selamanya. Itulah nasib yang menimpa adik Nur Sabriena Redzelan telah kehilangan Ibu yang tercinta selepas makan bersama petang tadi.

Ibu calon yang datang dari Melaka datang ke UTM semata-mata untuk memberikan semangat kepada Nur Sabriena yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus UTM. Ibu Nur Sabriena telah diserang penyakit asthma selepas termakan makanan alah.

Aku berasa simpati atas apa yang berlaku ke atas adik Nur Sabriena Redzelan. Aku berdoa pada Allah agar  roh ibu-nya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aku harap adik Sabriena kuat dalam mengharungi dugaan yang menimpa. Adik Sabriena perlu lagi kuat untuk menempuh PRK UTM kali ni.

Bukan senang nak berhadapan dengan PRK tanpa sokongan orang tua kita. Aku sendiri dapat merasakan bagaimana sukarnya untuk berdepan masalah apabila tiada sokongan daripada kedua orang tua aku.


AKU SECARA PERIBADI KENAL ALLAHYARHAMAH DAN KENAL ADIK SABREINA NI.

AKU PUN TERKEJUT DENGAN BERITA INI KERANA ALLAHYARHAMAH YANG AKU KENAL SEORANG YANG CERIA DAN TIDAK MENUNJUKAN SEBARANG TANDA SAKIT.

TAPI JANJI DAN KETENTUAN ALLAH ITU ADALAH HAKIKATNYA. ALLAHYARHAMAN DIPILIH TERLEBIH DAHULU DARI KITA SEMUA UNTUK BERTEMU DENGAN PENCIPTANYA.

KEPADA ADIK SABRIENA KESEDIHAN ANDA DIKONGSI BERSAMA DENGAN SELURUH KELUARGA BESAR BLOG JIWA PARADOX.

KINI HANYA AMAL DAN DOA ANAK YANG SOLEH SAHAJA YANG MAMPU SAMPAI KEPADA ROH ALLAHYARHAMAH.

SEMOGA ADIK SABRIENA TABAH DENGAN UJIAN INI. SESUNGGUHNYA TANDA ALLAH KASEH KEPADA HAMBANYA, MAKA DIUJI HAMBANYA DENGAN PELBAGAI UJIAN DAN TERUSKAN HIDUP MENCARI KEREDHAANYA.

SEMOGA ALLAH MEMILIH ROH ALLAHYARHAMAH UNTUK BERSAMA DENGAN ROH PARA KEKASIHNYA DI ALAM YANG SATU LAGI.

TERUSKAN PERJUANGAN YANG TELAH ANDA MULAKAN. 

AL-FATEHAH

JPX

2 comments:

Anonymous said...

AL FATIHAH.. Semoga Allah berkati pemergian ruh dn tempatkan dikalangan org Soleh. Semoga anaknya berjaya menjadi calon utk mendaulatkan bangsa dan Islam.AMINN!

Anonymous said...

Hello! I simply would like to give an enormous thumbs up for the good data you’ve got here on
this post. I can be coming back to your weblog
for more soon.

Check out my homepage - semi automatic 22 hornet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa