KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Pertentangan pendapat dalam pakatan pembangkang khususnya melibatkan kepimpinan DAP, Karpal Singh dan Pas berkaitan pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara baru namun demikian, Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pendiriannya.
Sehubungan itu, aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul telah mencabar Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh untuk menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan hukum hudud yang mendapat tentangan dari DAP.
“Sebagai seorang yang beragama Islam dan pernah menjadi pemimpin dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) suatu masa dulu, saya mencabar Anwar untuk menyatakan ketegasannya berhubung perkara tersebut,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut malah DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.
“Saya anggap Anwar berdiam diri atas nama taktik politik kerana sedar sekiranya dia menyatakan menyokong pelaksanaan hudud dan penubuhan negara Islam maka tentunya PKR terpaksa berdepan dan berpatah arang dengan DAP juga namun sekiranya menyokong apa yang dimahukan oleh DAP tentulah lebih buruk padahnya.
“Sebagai seorang Islam sewajarnya Anwar menyokong undang-undang Islam malahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib juga mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi Anwar takut untuk berbuat demikian.”
Jelasnya, pendirian DAP berkaitan agama Islam bukanlah perkara yang baru diketahui kerana sememangnya mereka menentang pelaksanaan dan pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam apatah lagi idealogi mereka adalah ke arah Malaysian Malaysia.
“Namun demikian, Pas dilihat terumbang-ambing dalam menentukan hala tuju sendiri khususnya untuk menegakkan negara Islam pun terpaksa diubah namun demikian sejak kebelakangan ini mereka dilihat terdesak lantaran sokongan ke atas parti tersebut semakin kendur.
“Pas terpaksa bergantung kepada isu hudud dan pelaksanaan negara Islam bagi mengembalikan sokongan yang terdiri dari orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini sedangkan Anwar pula terus bermain sandiwara,” katanya lagi . - MediaUMNO
1 comment:
dia takut anu nya kena potong sebab suka banget masuk depan dan belakang. agaknya bila lah dia akan puasa bab2 tu.
satu lagi takut lidahnya kena potong...cakap berbelit-belitan. aku pun tak paham apa isi yang nak disampaikan ketika dia dpm dan sampai ucaptama seminar in the 90s.
aku pun antara 3 orang yg pertama berdiskusi dgn nya di louisville, kentucky USA masa kongres ISNA (Islamic Students of North America) pada tahun 1982/83.
Post a Comment