Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, July 02, 2012

WAJIB BACA DAN SEBARKAN: 11 FAKTA PAS MELACURKAN AGAMA ISLAM












Ada 11 fakta Pas bukan mendaulatkan agama, sebaliknya hanya memperkudakan agama untuk mendaulatkan kuasa;

1. Maksud perjuangan untuk dunia dan bukan akhirat. Lisan kata untuk keredhaan Allah, perbuatan lebih menampakkan untuk mencapai keredhaan makhluk.

2. Niat tidak ikhlas kerana Allah dan bertindih-tindih. Untuk Allah ya, untuk kuasa pun ya.

3. Nabi mendaulatkan agama dengan kasih sayang tapi Pas daulatkan agama dengan mengadaikan silaturrahim dan umat Islam berpecah.

4. Nabi tolak tawaran untuk menjadi raja demi kedaulatan agama, tapi Pas memang berusaha untuk jadi penguasa untuk mendaulatkan agama juga katanya. Jadi cara Pas sama sekali bertentangan dengan cara nabi.

5. Nabi tak yakin dengan kuasa, kedaulatan agama boleh tercapai, tapi Pas yakin hanya dengan kuasa kedaulatan Islam boleh terpelihara. Jelas, yakin Nabi dengan yakin Pas sama sekali bertentangan. Jika yakin nabi kepada Allah, yakin PAS pula selain kepada Allah, yakin juga kepada yang selain dariNya.

6. Nabi laksana hudud di atas kerelaan si pesalah, iaitu dengan pengakuan secara rela kerana mengakui kesilapan dan ingin bertaubat seterusnya meminta dia dihukum di dunia lagi sebagai bukti mereka benar-benar bertaubat.

Pas pula mahu amal hudud melalui kuatkuasa undang-undang yang perlu diluluskan oleh 2/3 ahli dewan rakyat. Masalah kerelaan dan taubat tidak timbul langsung.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa