Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, July 05, 2012

PENYOKONG PAS YANG JUMUD DAN FANATIK!!!



Pada  24 Jun 2012, dengan niat baik, saya menerima jemputan menjadi tetamu dan panel Wacana Perdana PRU 13: Masa depan Islam, anjuran Kerajaan negeri Kelantan, bersama dengan panel gandingan lain Dr Fadzli (exco Kerajaan Negeri Kelantan), Ustaz Fathul Bari (ulamak muda UMNO), dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, dipengerusikan Amin Idris (TV9).

Apa yang mengejutkan adalah tingkah laku sebahagian peserta yang hadir membanjiri Balai Islam, Kota Bharu. Tingkah laku mereka yang bersorak, menjerit-jerit, mengejek, tidak meraikan perbezaan dan sebagainya, langsung tidak mencerminkan akhlak Islam. Begitu mengejutkan! mengalahkan wacana bukan Islam yang pernah saya hadiri. Inikah yang dikatakan rakyat Serambi Mekah?

Hilang sudahkah ajaran ‘tok guru’ yang selama ini mereka pelajari? Saya dan Fathul Bari, seolah-olah tidak diberikan ruang untuk berhujah. Mereka tidak dapat menerima perbezaan pendapat. Sedangkan kami hanya berkata benar.

Isu partisan langsung tidak dibangkitkan, kecuali Dr Fadzli. Apakah ini dinamakan fanatik atau taksub sehingga menyangkakan mereka yang betul, orang lain salah? Fanatik bermakna sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan.

1 comment:

Anonymous said...

Orang kafir lagi tahu malu kalau terpalit pada skandal seks seperti bil clinton tapi orang melayu Islam ni pelik sangat sebab dah kena cekup dalam bilik hotel, dah keluar videopun masih nak berkuasa, ajaib kan bangsaku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa