Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, July 08, 2012

PAS KEMARUK KUASA HNGGA MELACURKAN AGAMA





Pemimpin dan ahli PAS ditegur kerana terlalu ghairah menawan Putrajaya sehinggakan agenda dakwah sebenar dalam masyarakat seperti dipinggirkan, demikian disuarakan Datuk Mohamed Daud.

Mohamed yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan menzahirkan rasa kesal dengan sikap kebanyakan pemimpin dan ahli PAS yang dilihat merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata.

Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menegur sepatutnya orang PAS memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan.

Mohamed berkata lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.

“Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya.

“Kalau kita tinggalkan agenda masjid dan hanya fikir mahukan Putrajaya, jika kita kuasa kelak, orang jenis macam mana yang kita hendak lantik menjadi duta misalnya? Adakah orang yang tidak pernah bersolat di masjid?

“Saya sedih lihat keadaan banyak masjid sekarang sudah mati, di mana orang kita yang sepatutnya datang penuhkan masjid? Padahal kalau masjid sudah hidup barulah kita sebenarnya boleh perintah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri semalam.

Mohamed menambah, beliau amat berharap semua pihak sedar mengenai perkara ini dan melakukan tindakan segera.-AP

1 comment:

dinbangi said...

1. PAS dan kerajaan pimpinan PAS memang tak bina masjid.

2. Isu para pemimpin dan penyokong PAS tak pergi ke masjid seperti diwar-warkan saya dah selalu kata. Hari ini Ulama mereka sendiri kata begitu.

3. Di Selangor, PAS menyokong tumbuhnya ribuan 'rumah urut & pub' bila ahli-ahli Majlis mereka hanya berdiam diri kepada perkara itu. Tidak ada demo pun oleh PAS sebab mereka kan sudah sepakat dan sejiwa dengan DAP dan PKR.

4. Di Selangor, pertumbuhan gereja baru, kuil (tempat sembahan)baru dan temple lebih banyak berganda-ganda dari pertumbuhan masjid dan surau. PAS menggalakkan ini melalui 'liberalisma beragama' yang diperjuangkan berasama Anwar Ibrahim.

5. Hakikatnya, PAS gagal dan kini meletakkan umat Islam dalam keadaan lemah dan tertekan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa