Kasihan betul aku pada ADUN DAP Kota Lasamana, Betty Chew aka Mrs Lim Guan Eng ni. Tak pernah dalam sejarah Melaka 750 tahun ni, ada seorang ADUN yang bermuka konfius, berduka dan sedih seperti muka dia Isnin lalu.
Muka Betty jadi begitu bila dia diajukan pertanyaan berkaitan seorang wanita bernama Ng Phaik Kheng yang dikatakan ada kaitan dengan suaminya, Lim Guan Eng.
Betty ternyata terlalu dangkal untuk “melayan” dan menjawab persoalan tersebut yang dikemukan ole YB Datuk Gan Tian Loo, ADUN Duyong semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka penggal 5. Gan cuma bertanya adakah Betty mengenali Ng Phaik Kheng tetapi Betty tidak menjawab dan terpaksa membuat huru-hara di dalam dewan bagi mengelak menjawab soalan tersebut.
Ianya pelik tetapi itulah yang berlaku. ADUN DAP terpaksa membuat huru hara di dalam dewan yang mulia hanya kerana satu soalan. Satu Melaka sedang hangat topic Lim-Ng dan tak salah rasanya seorang ADUN, mewakili pengundi kawasannya untuk mendapatkan jawapan untuk persoalan tersebut.
Ramai juga mahu tahu kenapa dahi Lim Guan Eng bertampal semenjak gambarnya tersebar luas di internet. Ada yang mengatakan kepalanya cedera kerana diserang oleh Betty atas dasar cemburu dengan cerita tiga segi Lim, Betty dan Ng.
YB DATUK GAN TIAN LOO, ADUN DUYONG |
Sekali lagi ditegaskan, Gan hanya bertanya adakah Betty kenal atau tahu siapa Ng Phaik Kheng? Betty boleh sahaja menjawab tidak tahu dan menafikannya tetapi sebaliknya dia membuat kacau di dalam dewan??
Persoalan lain pula timbul bila Betty tidak menjawab dan seolah-olah tidak mahu membela dan memelihara kredibiliti suaminya yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang. Adakah Betty tidak mahu menafikan pertanyaan tersebut kerana ianya memang benar-benar berlaku??
Bila sahaja diajukan soalan tersebut, muka Betty berubah menjadi merah padam. Ada dua kemungkinan, samada dia menahan marah atau menahan malu bila cerita cinta tiga seginya kini menjadi topic perdebatan di dalam dewan.
Bila tidak menjawab soalan dan tidak sidikit pun cuba membela suaminya, ADUN DAP yang lain turut bangun bersama Betty membuat kacau persis komunis di dalam dewan.
Sudahlah Betty tidak menjawab soalan yang ditanyakan oleh Gan, sebaliknya dia pula menyoal soalan kepada Gan berkaitan isu skandal video seks Presiden MCA.
Pada aku, kisah Chua Soi Lek sangat unik. Video seksnya tersebar hari ini, esoknya dia buat sidang media mengaku bahawa dialah pelakon dalam video itu dan letak semua jawatan. Habis cerita.
Berbeza dengan skandal seks yang melibatkan pembangkang. Mereka buat sidang media menafikan mereka berlakon dalan video seks yang tersebar. Mereka tidak letak jawatan malahan mereka kemaruk nak sangat terus berkuasa.
Betty sangat marah dengan Gan hanya kerana dia bertanya soalan tersebut dan mendakwa bahawa Gan telah memalukannya.
Hari berikutnya, Betty memutuskan untuk membawa banner yang menggambarkan kemarahannya kepada Gan dan mempamerkannya di dalam dewan, ketika persidangan sedang berlangsung!!
Betty lebih gembira melayan kemarahnnya dengan membuat kacau di dalam dewan daripada menafikan soalan yang diajukan oleh Gan. Akhirnya, Speaker Dewan terpaksa menggantung semua ADUN DAP yang biadap kerana gagal mengawal emosi dan menderhaka kepada peraturan dewan.
Lim Guan Eng bukan pemimpin DAP yang diminati di Melaka. Dia kalah teruk di Melaka semasa pemilihan partinya. Isu Tabung Bukit Cina masih belom dapat dimaafkan dan DAP Melaka masih berdendam dengan Lim.
Kini, kebencian DAP Melaka beralih kepada Betty. Sebagai ADUN yang dipilih oleh orang Melaka, Betty lebih selesa tinggal di Penang dan menjadi Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang dari berkhidmat sebagai ADUN di Melaka.
Mungkin boleh dicatit dalam sejarah Melaka yang berusia 750 tahun ini, Betty Chew adalah ADUN yang paling teruk perkhidmatannya dan paling kuat makan gaji buta. Memang, Melaka di sini semuanya bermula.
Walaupun Betty curi tulang dan meninggalkan pengundinya di Kota Laksamana bersendirian untuk tinggal di Penang bersamanya suaminya namun dia masih ada ruang untuk Lim menggatal.
Lim Guan Eng bukan sahaja tidak efisyen sebagai seorang Ketua Menteri malah tidak efisyen sebagai seorang yang cuba main kayu tiga dengan isterinya.
Betty juga perlu lebih cergas dalam memantau pergerakkan suaminya. Betty juga boleh memasang CCTV di pejabat Ketua Menteri Melaka dan dicadangkan juga memasang CCTV di dalam tandas rumah mereka.
JPX
4 comments:
What is so shameful about asking a simple question? Just answer ma ...
DAP, always tai chi ...
betty kena masuk kelas menjawab soalan. tak faham bahasa melayu kot
bukan setakat tai chi, kung fu, kuntau semua ada...
jauh beza chua soi lek dengan lim guan eng.
chua dia seorang lelaki yang berani sbb dia bertanggungjawab dengan apa yang dia buat..
laki betty???
Post a Comment