Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, July 21, 2012

BETUL KER PAKATAN RAKYAT MUSUH ALLAH??



KUALA LUMPUR 20 Julai – “Apa dalil yang dipakai dan berpandukan kepada nas Al-Quran yang mana… kata-kata berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan yang dikhuatiri boleh membawa kepada kesesatan dan yang paling kita bimbangi merosakkan akidah.

“Ini kerana selepas wafatnya Rasulullah s.a.w, tidak ada lagi wahyu yang diturunkan dan jika benar kata-kata itu keluar daripada  Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz, beliau perlu memberikan penjelasan lebih lanjut,” kata bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz yang mengatakan bahawa Allah mengarahkan Pas untuk menawan Putrajaya daripada musuh-musuh Allah baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut Ustaz Ghazali seterusnya mempersoalkan bagaimana pula hubungan Pas dengan DAP di dalam pakatan pembangkang  yang turut disertai PKR.

“Apakah ini juga sama dalam konteks di atas…Jika Allah mengarahkan Pas untuk menawan Putrajaya daripada musuh Allah, itu jugalah yang kita terfikir setelah mereka bersahabat dan berkongsi pentas dengan DAP serta PKR untuk menentang kerajaan yang ada hari ini.

“Mungkin alasan yang sama boleh digunapakai….Itu adalah pandangan saya dan seeloknya kita mahu dengarlah pula pandangan serta penjelasan daripada pimpinan Pas hari ini,” katanya.

Ustaz Ghazali seterusnya menambah beliau sama sekali tidak mahu mempertikaikan apa yang diutarakan itu cumanya inginkan sedikit penjelasan kerana apa yang diutarakan oleh Nik Abduh itu amat mengelirukan.

“Janganlah gara-gara terlalu ghairah untuk menawan Putrajaya, kata-kata yang boleh mengelirukan boleh dikeluarkan sedemikian rupa.

“Apakah makna semua ini ……..semua pihak boleh berpolitik tetapi biarlah ada cara dan kena dengan gaya. Siapakah musuh-musuh Allah itu hinggakan Allah mengarahkan Pas menawan Putrajaya. Ceritakan dengan lebih lanjut. Saya pun nak tahu juga,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa