AIDCNews – 20/06/12 – YB Zulkifli Noordin bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1998 mengakui tidak nampak keburukan Ketua Umum PKR itu, kecuali bermula selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12, Mac 2008.
“Bukan sekadar peguam, saya juga bertindak sebagai front line dia..Saya antara barisan depan sampai ditahan ISA dan lokap bagi saya rumah nombor dua zaman bersama dengan Anwar.
“Buat apa sahaja untuk Anwar..Saya antara peguam yang paling kerap lawat Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh..Saya ingat tiga kali seminggu..paling kurang tu..selama tu, kita bukan tak tahu..ada juga benda dia (Anwar) bohong, kelentong, auta sana sini..tapi kita ambil sikap pejam mata..pada kita benda tu kecil sangat..Macam sakit belakang, sakit tengkok, dan segala sakit yang ada lah..
“Ramai juga yang tanya..tak kan 12 tahun.. tak nampak..memang tak nampak..12 tahun..kita tak nampak langsung..yang besar dia..Penipuan, pembohongan, putar belit yang besar-besar ini, tak berapa nak nampak,” katanya.
Menurutnya, beliau hanya nampak wajah sebenar Anwar selepas kemenangan besar PR dalam pilihanraya ke-12, apabila ianya berlaku ke atas dirinya sendiri.
“Saya, kebetulan Allah nak bagi pembuka mata selepas 8 Mac 2008..selepas PRU ke-12..baru nak buka mata..barulah Allah tunjuk inilah pekung Anwar Ibrahim yang sebenar,”katanya
2 comments:
Samala kita Zul.
Aku pun kena tipu hidup-hidup dgn Al Juburi.
Sokong tak tau apa sebenarnya aku sokong. bila menang, semua nak di gadai.
Kepada budak-budak muda, zaman anwar kena pecat umur aku baru 24 tahun. aku kena anwar masa dia jadi menteri pelajaran. dia pernah lawat sekolah aku dan boleh katakan aku antara yg berharap dia jadi PM ganti TDM. Prinsip melayu dia mcm TDM.
Bila dia kena pecat dgn TDM, aku la yg pegi rumah dia kat bukit damansara.
bila reformasi, aku la yg kena gas pemedih mata.
bila masuk penjara, aku berdoa akan tuhan tunjukkan kepada umat melayu yg anwar tak bersalah.
tapi, tahun 2008 membuka segala-galanya berkenaan anwar. lebih-lebih lagi kes altantuya yg buat aku mula sangsi.
kes dia lari pegi kedutaan turki adalah kemuncak aku tinggalkan anwar.
thanks to blogger-blogger anti anwar, anti pas dan anti dap..
sememangnya anwar memang Hampeh!!!
Aku wat masa ni belum kena tipu lagi pasal belum pernah jumpa dia. Tapi klau dia tipu aku...memang nahas aku belasah dia. Nasib baiklah aku tak pernah percaya dia...sebab tu aku tak rasa kena tipu. So, puak-puak PAS macam aku janganlah bersengongkol lagi dengan dia ni. Takbirr.
Post a Comment