Hampir 100 orang berkumpul di hadapan Pasar Awam Simpang Renggam, di Kluang, membantah cadangan membuka pasar babi di kawasan pasar tersebut.
Mereka terdiri penduduk sekitar dan peniaga yang mula berada di kawasan pasar itu sejak pukul 10 pagi membawa sepanduk bertulis perkataan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) yang membenarkan penjualan daging berkenaan di situ.
Kesemua mereka kemudian menurunkan tanda tangan pada surat bantahan yang dijangka diserahkan kepada Yang Dipertua MDSR, esok.
Pengerusi penganjur kumpulan tersebut, Zainudin Ilyas berkata kedudukan pasar itu hanya 6.8 meter dari pasar awam dengan demikian tidak sesuai sekaligus menyentuh sensitiviti peniaga dan pembeli beragama Islam.
"Buat masa ini pembukaan pasar itu masih ditangguhkan oleh MDSR setelah menerima teguran penduduk.
"Kami tidak mahu bukan hanya ditangguhkan sebaliknya hendaklah dibatalkan terus kerana akan mendatangkan banyak masalah. Pasar itu bersebelahan pula dengan pasar menjual ayam," katanya ketika ditemui pemberita.
Zainudin berkata pihaknya mahu pasar babi sedia ada di Kampung Baru Cina kira-kira 500 meter dari Pasar Awam itu dinaiktaraf untuk kemudahan beberapa peniaga supaya tidak perlu berpindah ke tempat baru.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Simpang Renggam, Ismail Md Nor berkata pihaknya tidak bersetuju dengan langkah MDSR itu dan berharap pembukaan pasar berkenaan dibatalkan tambahan pula ada bantahan.
Seorang kontraktor, Abdul Rashid Rabu, 51, yang tinggal di Taman Mohd Yassin sejak 30 tahun lepas memberitahu bangunan pasar babi itu tidak dibina mengikut spesifikasi dan tidak tertutup.
"Ianya betul-betul bersebelahan dengan pasar menjual ayam dan boleh didicemari lalat dan berbau," katanya.
- Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sindiket Dadah Ditumpaskan, Dua Lelaki Ditahan di Johor Bahru
-
Johor Bahru – Tak kira bagaimana liciknya taktik mereka, akhirnya sindiket
pengedaran dadah yang membungkus serbuk ekstasi dalam sampul menyerupai
mata wan...
1 day ago
1 comment:
Umno bn mmg celaka.menang undi melayu cina dia tolong...itu la celakanya umno..pas lg la siang2 dh mkn babi sebelum berkuasa...umno bodoh menjual melayu menghalau melayu walau kaw tu melayu...aduan org melayu ditutup...celaka..pimpinan najib gred 3....tun razak depend melayu..dia kekayaan 100peratus cina bg...berapa byk kaw umno tanah bg cina..setingan melayu halau..setinggan cia dpt tanah..nk harap raja melsyu jr...tp raja melsyu mana yg pro melayu...rasa takda..bila susah baru cari melayu
Post a Comment