Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, June 27, 2012

PANAS PAGI RABU: ANWAR TERIMA CABARAN DEBAT INI!!!??



KEGILAAN Anwar mahu berdepan dengan Perdana Menteri Malaysia sangat menjengkelkan khalayak intelektual dan anak muda berfikiran maju ke hadapan. Dari dulu hingga sekarang tidak habis-habis mahu menonjolkan dirinya sebagai yang tersebat, setelah membunuh karier kawan-kawan ABIMnya seperti Ustaz Ismail Mina dan lain-lainnya.

Bagaiamana Saudara Anwar jika kami berdebat dengan saudara, maksud saya wakil seorang arkitek Mymassa. Kita bermula tatkala anda mendapat pembiayaan dari Raja Saudi awal 1970an dahulu kepada aktiviti belia anda. Anda jangan risau saudara Anwar, saya lebih mudah 20 tahun daripada anda. Saya bukan daripada kumpulan YB Mohd. Ezam, bukan juga dari kumpulan Cikgu Dr. Sidek Baba. Saya juga bukan daripada kumpulan perniagaan besar Genting atau Halim Saad. Saya bukan juga dari kumpulan aparat media Johan Jaafar atau A.Nazri Abdullah. Saya bukan team Datuk Saifudin Abdullah, jauh sekali daripada kumpulan-kumpulan Jakarta yang anda selalu temui di sana. Bapak B.J. Habibie dan mantan Presiden Estrada bukannya saya. Saya juga bukan dari keluarga allahyarham Sulaiman Palestin.

Saya mahu berdebat dengan saudara. Adakah saudara mahu mengelak? Apa isu yang anda tidak berpuashati dengan Perdana Meneteri Malaysia.

Soal Pilihanraya, ok boleh. tetapi saudara mesti bersedia dengan isu anda membeli wakil rakyat PBS pada awal tahun 1994 dahulu. Itu cara demokrasi anda. Sama cara ketika anda membunuh karier allahyarham Sulaiman Palestrin.

Saudara juga mesti bersedia dengan kiriman-kiriman wang not RM500 dan RM1000 kepada para perwakilan UMNO di bawah pintu, ketika saudara menentang allahyarham Tun Ghafar Baba dahulu. Jauh daripada itu, saudara mesti berlawan dengana saya dan membuktikan kepada rakyat sejumlah wang yang besar anda berikan kepada proksi-proksi di luar negara yang dijaga sama ada oleh Rahim Ghouse atau A. Nazri Abdullah, dengan aset proksi saudara di London, Afrika Selatan, Singapura dan Australia itu perlu dijelaskan.

Saudara juga perlu bersedia bagaimana saudara mempergunakan UIA dan agensi-agensi kerajaan persekutuan untuk mempertahankan kuasa saudara tempoh hari. Tatkala saudara dipecat saudara sempat menghancurkan segalanya kecuali IKD atau IKDAS.

Saya tidak akan bercerita mengenai sodomi dan seksual anda. Itu hak anda dengan Allah SWT. Tetapi kita akan bercakap, antaranya mengenai Pinjaman PTPTN yang saudara sendiri cadangkan semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan, dan disokong oleh YB Lim Kit Siang. Selain itu, saudara mesti bersedia dengan soalan saya mengenai Hong Leong Bank, juga projek-projek LRT yang diberikan kepada YB Kamarudin Jaafar, dan lain-lain kroni yang mungkin saya akan terpaksa dedahkan.

Saudara mesti bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pembinaan Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dr Xavier, yang saudara meletakkan diri saudara sebagai penasihat dan penentu hala tuju politik kerajaan Selangor. Projek-projek Pasir yang saudara dan anak saudara YB Nurul Izzah berikan kepada krono-kroni yang dijual juga ke Singapura melalui Pulau Carey, anda tak boleh sembunyikan semua hal. Jika saudara berjaya menyembunyikan 10 perkara, sekurang-kurangnya 2 3 perkara lain pasti diketahui oleh rakyat jelata. Itulah satu contoh saudara Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor, di depan bergaji RM1.00, tetapi di belakang berkomisyen berjuta-juta ringgit.

Di Amerika Syarikat, kita akan sentuh semasa saudara bermula di Jerman pada tahun 2004 terbang ke Washington DC. Siapa yang saudara jumpa di sana juga kita akan dedahkan dalam debat kita.

Kita akan berdebat isu Malaysia Baru, Presiden Malaysia, agama sama sahaja, Tuhan semua satu sama sahaja dan pelbagai isu yang saudara mahu debatkan. 

Saya tidak mahu Rafizi, juga tak ingin dengan Azmin Ali...tetapi saya mahu berdebat dengan saudara! Saudara jangan ganggu Perdana Menteri Malaysia, beliau mempunyai banyak tugas yang perlu diberikan kepada rakyat jelata, sementara saudara giula mahu berdebat kerana saudara tidak ada kerja kepada rakyat jelata, melainkan menghambur air liur saudara di wajah mereka.

Jika saudara bersetuju. Mari tetapkan masa?

Salam hormat,

Pejuang 1971.


SUMBER

STEADY MYMASSA...
ANDA MEMANG BEST...
SEKARANG NI KITA TUNGGU JER...
APA PULAK JAWAPAN BELAH SANA...
KALAU DIA SENYAP JER...
MAKNANYA...
DIA TAK BERANI LER....
HEHEHEHHE...

JPX

2 comments:

Anonymous said...

Tak sabar nak Tunggu, agak agak, mau tak he accept the challenge, but fooollloowing his trends, I DO NOT THINK SO, Heee Heee , kecut telog dia bro:

Anonymous said...

Tak payah debat. Dedahkan semuanya. Biar rakyat tahu siapa dia Annuar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa