Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 18, 2012

KEHIJAUAN PAS DI JOHOR SEMAKIN PUDAR: RAKYAT JOHOR TOLAK PAS!!!



ALAMAK...
KALAU MACAM NI MACAM MANA PAS NAK TAWAN JOHOR???
MACAM MANA SI SALLEH NAK JADI MENTERI BESAR???
PRESIDEN PAS DATANG PUN BERAPA KERAT JER ORANG PAS YANG HADIR..

PAS NI TONGGONG SANGAT KE SAMPAI TAK TAHU...
ATAU DIA BUAT-BUAT TAK TAHU...
ORANG JOHOR DAH BERBULU SANGAT DENGAN PAS...
ORANG JOHOR DAH MENYAMPAH SANGAT DENGAN PAS...
JANGAN CAKAP NAK MENANG BESAR DI JOHOR..
SILAP-SILAP YB PAS YANG DUA TIGA KETOL KAT JOHOR PUN TELONGKOP DALAM PRU 13..

PAS NI SUKA BUAT BENDA BODOH...
SEBAB SEMUA PEMIMPIN PAS TU BODOH...
ADA KE SULTAN DIA BUAT BAHAN POLITK DIA...
KINI KAU RASALAH APA YANG KAU BUAT...
RAKYAT JOHOR AKAN HUKUM KESILAPAN PARTI PAS DALAM PRU 13 NANTI..
SAMA-SAMA KITA NANTIKAN...

JPX

TANGKAK: Hanya kira-kira 1,000 orang hadir pada Himpunan Hijau anjuran Pas di Johor malam tadi, sekali gus menandakan sambutan suram terhadap cubaan parti itu menawan negeri yang menjadi kubu kuat Umno selama ini.

Kehadiran pemimpin kanan parti termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal menarik penyokong parti itu daripada seluruh negara untuk bertandang ke Johor sebagaimana yang berlaku dalam kes Kedah awal bulan ini.

PAS sebelum ini melancarkan manifesto khas untuk Johor dan mengumumkan Naib Presidennya Sallehuddin Ayob akan menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang.

Manifesto itu yang mirip dengan janji Parti Keadilan Rakyat di Selangor sebelum ini,  bagaimanapun rata-rata ditolak penduduk Johor yang diwawancara oleh Antarapos.

Mereka sebaliknya menzahirkan kemarahan terhadap tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin mengkritik Istana Johor baru-baru ini. Nizar adalah Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.  

Dalam ucapannya malam tadi, Sallehuddin memberitahu penyokong parti itu bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor bebas daripada rasuah dan menjanjikan pentadbiran sama di Johor.

 "Setakat malam ini saya pun tidak boleh cakap besar, sebab kami pun manusia..kami bukan malaikat Jibril..esok mungkin buat salah. Jadi...kenapa tidak berikan peluang kepada kami ambil alih Putrajaya dan ambil alih Nusajaya," kata beliau.

Dalam pada itu, Sallehuddin memberitahu akhbar The Star bahawa isu antara Nizar dan Istana Johor bukanlah perkara yang besar.

"Saya cakap dengan penuh ikhlas. Perkara ini bukan isu besar. Rakyat adalah matang dan boleh membuat penilaian sendiri," kata beliau.
   
Isu itu tercetus apabila Nizar mempersoalkan tindakan Sultan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membayar RM500,000  kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendapatkan nombor plet kereta WWW 1. 

Sultan Ibrahim menjelaskan beliau tidak mengambil walau sesen daripada kerajaan dan selama ini menderma kepada dua yayasan negeri untuk membiayai aktiviti kebajikan mereka. 

Pada satu perhimpunan minggu lalu, lebih 30,000 rakyat Johor berkumpul di perkarangan Istana Pasir Pelangi untuk menzahirkan sokongan terhadap Sultan Ibrahim.    

1 comment:

Anak Lenggong said...

Kah kah kah kat Kedah Clean kee..kalau camtu ngape pulak ada exco kerajaan negeri asyik dok bergaduh dengan MB pasal projek dan rebut nak dapatkan komisen projek...pokok balak kat baling tu udah langsai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa