Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, June 19, 2012

23 JUN PEMBANGGANG MELAKA AKAN KENA SAWAN BERAMAI-RAMAI




KEPADA SEMUA RAKYAT MELAKA..
MARI JADI SEBAHAGIAN DARI SEJARAH..
100,000 TIDAK MUSTAHIL...
ORANG MELAKA SEMUA STEADY...
KITA KASI GOYANG PADA PEMBANGGANG..
KITA KUMPUL RAMAI-RAMAI...
BAGI TAHU ADIK ABANG IBU BAPA..
AJAK SEMUA JIRAN TETANGGA...
INILAH PELUANG KITA BERTEMU DENGAN PEMIMPIN NEGARA KITA..
INILAH MASA UNTUK KITA TUNJUKAN SOKONGAN KITA KEPADA PERDANA MENTERI KESAYANGAN KITA...
PASTIKAN ANDA HADIR...

JPX

MELAKA 18 Jun - Kira-kira 100,000 orang dijangka hadir memeriahkan perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini Sabtu ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, persiapan program itu kini berjalan lancar dan beberapa jalan akan ditutup selama lapan jam bermula pukul 6 pagi.

"Jalan yang terlibat ialah sepanjang Jalan Hang Tuah dan Jalan Tan Chay Yan bagi memberi laluan kepada aktiviti Jelajah Janji Ditepati dan pameran membabitkan 46 agensi.

"Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada pukul 9 pagi sebelum beliau akan dibawa ke Pasar Besar Melaka Sentral untuk beramah mesra dengan para peniaga dan minum pagi.

"Beliau kemudian akan menaiki bas Panorama dari Melaka Sentral ke Jalan Hang Tuah seterusnya menaiki beca ke bangunan UTC bagi memulakan acara pelancaran," katanya pada sidang akhbar di Seri Negeri hari ini.

Kata Mohd. Ali, orang ramai dinasihatkan berada di pekarangan program itu seawal pukul 8 pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Beliau berkata, laluan akan ditutup daripada persimpangan Bunga Raya ke Jalan Munshi Abdullah menghala ke Jalan Hang Tuah.

"Orang ramai boleh melalui jalan berhadapan Hospital Putra untuk laluan ke Peringgit atau ke Jalan Bendahara.

"Mereka yang datang dari selatan dinasihatkan melalui Jalan Kee Ann atau menaiki bas yang ditempatkan di Jalan Munshi Abdullah,'' katanya.

Sementara itu, kata Mohd. Ali, mereka yang datang dari arah utara pula boleh menggunakan Jalan Panglima Awang dari Lebuhraya AMJ.

Bagi memudahkan pemandu yang membawa kenderaan sendiri, tempat letak kereta disediakan di Jalan Tun Ali.

Tambah beliau, mereka yang hadir berpeluang memenangi lebih 500 hadiah termasuk sebuah kereta dan 10 motosikal yang ditawarkan dalam acara cabutan bertuah pada hari tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa