Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, May 10, 2012

KHALID IBRAHIM MASUK UMNO???!!!



SHAH ALAM 8 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar agar mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor dan keahliannya daripada parti itu kerana masih berstatus ahli UMNO.

Setiausaha Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, berdasarkan sebuah laman blog, sahabat-gunung.com, Abdul Khalid yang bernombor kad pengenalan 461214-10-5273 adalah ahli UMNO yang memegang nombor keahlian 01791393 bagi cawangan Pasir Tuntong yang terletak di bawah UMNO Bahagian Kuala Selangor.

‘‘Justeru, kita cabar PKR supaya mendesak Abdul Khalid meletak jawatannya termasuk keahlian dalam parti pembangkang itu.

‘‘Jika sebelum ini PKR mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan atas tuduhan kononnya mereka ahli UMNO, kenapa mereka tidak mempersoalkan kedudukan Abdul Khalid dengan parti pemerintah itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

1 comment:

usin said...

untuk makluman, keahlian khalid ibrahim dalam umno ialah ketika beliau belum menyertai pkr. ketika beliau menjadi bos gutrie dulu, beliau adalah ahli umno. bila beliau masuk pkr kerana tertaksub dgn anwar ibrahim, keahlian dalam umno beliau tetap kekalkan. ini adalah langkah jangka panjang. selepas ini beliau akan kehilangan jawatan mb. untuk itu jika beliau nk tinggalkan pkr, beliau dh ada keahlian dlm umno. org cerdik katakan!!!!! hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa