Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, May 23, 2012

APA NASIB NEGARA ISLAM DI TANGAN PAS ???



Nampaknya setiap kali hampir demam pilihan raya, isu negara Islam akan timbul semula.

Yang menjadi karektor dalam adegan polemik isu negara Islam ialah PAS
sebagai protaganis atau pelopor dan DAP yang menentang atau antagonis.

Setiap kali PAS membuka mulut cuba menghidupkan impiannya untuk
membentuk Daulah Islamiyah ala acuan politiknya, DAP akan segera
menghentam.

Lebih dua dekad lalu semasa kedua-dua parti masih menjadi seteru ketat
politik, Karpal Singh mencabar pemimpin PAS supaya ‘langkah mayatnya
dahulu’ jika berani menampilkan cita-cita perjuangan mereka.

Kini perkelahian mereka masih berterusan; yang berbeza hanya
kedua-duanya kini menjadi rakan kongsi dan kawan baik dalam Pakatan
Rakyat.

Terkini, Karpal yang sudah menjadi Pengerusia Kebangsaan DAP mengkritik
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana bercakap mengenai cita-cita PAS
mahu menubuhkan negara Islam.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa