Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, May 31, 2012

ANWAR IBRAHIM DISERANG DEMAN KURA


http://www.imd.org/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf



Kini di tangga ke-14 dalam negara-negara yang mempunyai ekonomi yang kompetitif.

Inilah kejayaan transformasi ekonomi YAB PM, DS Najib Tun Razak.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu, Malaysia masih lagi berjaya kekalkan ekonominya di tahap yang terbaik. 

Indikatornya mudah. Cubalah pembaca pergi ke pasar raya. Anda akan lihat pasar raya penuh dengan rakyat yang mempunyai kuasa membeli. Sampaikan nak bayar pun kena beratur panjang. Begitu juga dengan kedai makan. Kedai makan masih lagi penuh dengan pelanggan. Sampaikan nak cari meja kosong pun susah.

Bila rakyat masih lagi boleh berbelanja besar dan makan di luar, ertinya Kerajaan Barisan Nasional berjaya menjaga rakyatnya dengan baik. Bandingkan keadaan ini dengan semasa Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan ketika krisis ekonomi? Faedah bank ditingkatkan sehingga ramai yang muflis kecuali Azmin Ali dan kroni-kroni Anwar Ibrahim yang masih banyak simpanan tetap ketika itu.

Keadaannya tetap sama. Sekarang pun dunia masih lagi dilanda krisis ekonomi. Negara Eropah pun masih lagi bergelut dengan krisis ini. Tetapi Malaysia berjaya mengharunginya dengan baik setakat ini.

Mungkin anak muda ketika ini tidak merasakan keperitan hidup semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan ketika krisis ekonomi. Sebab itu bila Anwar Ibrahim bohong, ramainya yang percaya. Kalau ikut Anwar Ibrahim mudah sahaja. Bila kita menghadapi krisis, kita pinjam dengan IMF. Dan itulah sebabnya kenapa Anwar marah sangat bila Kerajaan gunakan sumber dalaman seperti KWSP untuk bangunkan negara kerana 'along-along' luar negara seperti IMF tak boleh bagi hutang kepada Malaysia.

Terima kasih kepada kepimpinan YAB PM dengan Najibconomicnya yang terbukti berkesan. Kepada Anwar Ibrahim. Anda boleh menipu penyokong kamu yang bodoh dan tak matang, tetapi bukan kepada MyMassa dan pembaca blog ini yang lebih kenal siapa Anwar Ibrahim dan apa prestasinya sebagai menteri kewangan.



*Nak tahu beza DS Najib dengan Anwar Ibrahim, sila lihat gambar di bawah. DS Najib buat kerja, Anwar Ibrahim hanya pandai cakap.



1 comment:

Anonymous said...

mana turki?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa