1. Semingu dua ini sudah kedengaran kembali ura-ura AnWAR mahu mahu bersumpah bagi membersihkan dirinya. AWAS!! Ini satu lagi taktik mahu meraih simpati serta memaksimumkan penyertaan Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka. Umpan yang baik bagi menarik masyarakat untuk datang serta mendengar sendiri AnWAR bersumpah bagi mem'bersih'kan dirinya yang kotor itu.
2. Taktik ini sering digunakan AnWAR melalui juak-juaknya yang akan menyebarkan berita palsu ini. Seperti yang lalu, timbul saja kes liwat pada 1998, AnWAR segera mengunjungi Datuk Dr. Haron Din membuat pengakuan konon tidak melakukan perbuatan terkutuk tsb di hadapan Haropn Din. Dimomokkan cerita konon AnWAR telah bersumpah di hadapan Haron Din, tetapi tidak mahu menggunakan istilah sumpah.
3. Begitu juga perhimpunan di Masjid Negara pada 20 September 1998 sebelum AnWAR ditangkap pada malamnya. Cerita yang tersebar sehari dua sebelum itu bahawa AnWAR akan bersumpah di Masjid Negara bagi membersihkan dirinya. Maka makin bersemangatlah penyokong-penyokong untuk berhimpun menyatakan sokongan kepada beliau. Namun sehingga AnWAR ditangkap, sumpah hanya tinggal 'sesumpah' sahaja.
4. Sebelum itu pada 10 September 1998 di Peramu di Pekan, di rumah seorang kenalan AnWAR bernama Wan Jusoh bin Wan Kolok (bekas Ketua PKR Pahang), cerita yang sama juga didendangkan. Maka berduyun-duyunlah penyokong berkumpul bagi mendengar 'sesumpah' mahu bersumpah. Namun yang kedengaran hanyalah sesumpah itu bersumpah tidak melakukan secara umum, tidak mengikut prinsip mubahalah.
>>>TERUS BACA DI SINI<<<
>>>TERUS BACA DI SINI<<<
No comments:
Post a Comment