Debat di antara Chua Soi Lek
denan Lim Guan Eng telah berlalu hampir seminggu lalu.
Banyak yang telah diperkatakan
dan diperbincangkan pasca debat tersebut tak kira samada di alam siber, di
media massa mahupun di kedai kopi.
Walaupun telah berlalu dan rakyat telah melupakan peristiwa debat tersebut, ada seorang peserta debat itu
masih membara semangatnya. Dia terlalu sibuk membetulkan ego dan cuba
mengembalikan kepercayaan rakyat kepadanya setelah kalah teruk dalam perdebatan
itu.
Kerja hakikinya sebagai Ketua
Menteri tidak diperdulikan. Kata-kata di dalam debat itu hanya sekadar kosmetik
politik yang digunakan untuk menipu dan meraih undi. Debat yang membincangkan “Sistem Dua Parti
adakah akan menjadi Parti Dua Bangsa” terus digunakan oleh Ketua Menteri ini
untuk membetulkan imejnya yang terus tercalar oleh seorang “oldtimer” Cina.
Biarpun kedua-dua peserta
debat itu gagal menjawab 100% soalan yang diajukan, namum pada petang itu di atas
pentas jelas terbukti siapa yang lebih hebat dan layak diberikan kemenangan
pada debat yang bersiaran secara langsung selama satu jam itu.
Ketua Menteri ini seperti
menghidapi satu sindrom selepas debat tersebut yang mana dia tidak henti-henti
mengulas tentang debat tersebut bila ada peluang bertemu media. Ini jelas
menunjukan tahap egonya adalah pada tahap yang paling tinggi dan sangat
berbahaya bukan sahaja kepada rakyat, tetapi juga pada dirinya sendiri.
Dalam satu temubual Ketua Menteri
ini bersama Kwong Wah, akhbar bahasa Cina yang pro kepada DAP, dia merungut
kerana media arus perdana meminggirkan Pakatan Rakyat.
Peluang ini juga digunakan untuk
menebus maruah dirinya dengan menerangkan mengapa dia tidak menggunakan
sepenuhnya skil menyerangnya, kenapa dia bertahan dan tidak menjawab, kenapa
dia perlu membaca nota sebelum menjawab, mengapa dia tidak menjawab soalan
tertentu, mengapa ini dan mengapa itu semasa debat itu berlangsung tempoh hari.
Keseluruhan temubual ini menjadi
sesi penerangan dan cetakan akhbar ini menjadi surat penjelasan apa yang telah
dan patut terjadi di dalam debat itu.
Satu soalan tentang pendapat dan
sokongnya serta DAP terhadap Hudud tidak dijawab oleh Ketua Menteri itu dengan alasan
dia tidak mahu membazirkan masa yang berharga dengan menjawab soalan tersebut.
Tapi sebenarnya, soalah berkaitan
Hudud itulah yang paling penting perlu dijawab oleh Ketua Menteri tersebut. Jika
ianya dijawab, kita mungkin tahu mengapa DAP mengarahkan ahlinya mengudi PAS
yang kita semua sedia maklum “memperjuangkan” hukum Hudud dan DAP pula adalah sebaliknya.
Mungkin Ketua Menteri berpendapat
rakyat tidak berhak kepada jawapan itu. Tapi
sebenarnya, rakyat masih menanti apakah jawapannya bukannya alasan kenapa dia
tidak menjawab soalan tersebut.
Ketua Menteri ini ternyata gagal
melakasanakan CAT yang dibanggakannya. Kegagalan menjawab soalan dan kejayaan
mengelak menjawab beberapa soalan penting dalam debat tersebut jelas
menggambarkan agenda jahat yang tersembunyi di pelipat lengan baju Ketua
Menteri itu.
Ketua Menteri ini juga gagal
menjawab dengan jelas apa yang boleh dan mampu dilakukan oleh PR berkaian sosio
ekonomi Negara jika diberikan peluang mentadbir Putrajaya. Dia tidak
habis-habis mengulangi ideanya tentang apa yang mahu dan telah dilaksanakan di Penang.
Hei Lim Guan Eng, bukan semua apa
yang kau buat di Penang tu sesuai dengan Negara Malaysia dan bukan semua idea
kau tu baik dan berjaya. Jika minda kau hanya cukup dan sesuai dengan tahap
sebuah negari, tak usah sibuk nak beragan tadbir Negara pulak.
Teruskan perbaiki cara kerja di
peringkat negeri sebelum cerita dan bercita-cita bekerja di peringkat nasional.
Dan jangan lupa, dalam berfikir
dan berangan ke tahap yang lebih tinggi, kau masih Ketua Menteri dan ada banyak
lagi kerja yang tak selesai dan perlu diselesaikan segera!!!
Semoga Lim Guan Eng segera sembuh dari sindrom ini....hehehehe...
JPX
2 comments:
cina ni sorang kalau bahasa pasarnya mampos pun takper..
semoga anak komunis ni cepat sedar dan sembuh
Post a Comment