Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 13, 2012

SKANDAL xxx MENTERI BESAR KEDAH AKAN TERBONGKAR!!!


 


Menurut siasatan sulit, Phalrolrazi dijangka akan mendedahkan penyelewengan pemberian konsesi balak kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Roslizan Zakaria yang merupakan Pegawai Khas Menteri Besar dan pada masa yang sama, juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Azizan Abdul Razak dalam masa yang sangat terdekat ini.  

Juga yang akan turut didedahkan ialah pemilikan sebuah syarikat yang mendapat konsesi balak oleh Faekah binti Hamzah yang merupakan isteri pertama Menteri Besar.

Difahamkan, Phahrolrazi sedang menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan penyelewengan tersebut sekiranya Menteri Besar masih tidak berubah atau pun tidak memberi sebarang portfolio Exco kepadanya dalam tempoh segera.

Roslizan Zakaria merupakan Pegawai Khas Menteri Besar yang telah dipecat atau digantung tugas tetapi masih dibayar gaji. Roslizan Zakaria telah mendapat tahu penyelewengan tersebut akan didedahkan terbongkar, telah menasihati Menteri Besar agar berlembut sedikit dalam isu kemelut dengan Phahrolrazi.

Phahrolrazi juga dikatakan bakal mendedahkan bagaimana pada awal tahun ini, dia telah dipaksa oleh Menteri Besar untuk menandatangani kelulusan tender projek kepada syarikat milik kroni UMNO bernilai RM1 bilion. Katanya, dia tidak sanggup menandatangani projek tersebut kerana projek berkenaan sepatutnya diberikan kepada syarikat milik ahli PAS.

Kononnya, disebabkan kedegilannya untuk tidak menurunkan tandatangan menyebabkan Menteri Besar memusuhinya.

Puak Phahrolrazi sekarang ini sedang merancang dengan teliti bagaimana hendak mensabotaj Menteri Besar di DUN Sungai Limau pada PRU13 nanti. Mereka telah berjaya mempengaruhi AJK PAS Jerai yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Menteri Besar untuk berpaling tadah.

Antara mereka termasuklah Nasir @ Che Pi, Roslizan Zakaria, Mohd Nor Tahir dan Jamaluddin.

Itu berita yang baru diterima dari puak-puak yang menyokong Phahrolrazi Zawawi.

Politik Kedah dah nampak makin kalut!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa