Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, March 02, 2012

ORANG PEJABAT PERDANA MENTERI MAHU JATUHKAN PERDANA MENTERI???




Apa agenda sebenar yang Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya ini dan menyelar  kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?

Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya bloger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin,Menteri,Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama bloger mempertahankannya hingga ada dari kalangan bloger tersilapa arah hingga menyerang sesama sendiri?

Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berika?.Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga bangsa,agama dan negara,mereka ini sanggup menelan segala risikonya.Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi.

3 comments:

CATS THINKER said...

Boangkar lagi bro psl Farid ni..something wrong with him..somebody have to look into..

Anonymous said...

aku menyampah lerr tengok mamat nie PEMBODEK ALJUBURI NIE

Anonymous said...

bodolaaa hangpa nie dok letak code banggang ni memang hampeh blogger UMNo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa