Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, March 08, 2012

KERAJAAN MALAYSIA TANGGUNG KEHIDUPAN IMAM YANG HINA MAHKAMAH!!!





HAHAHAH...
PADAN MUKA...
IMAM MANA ADA PERANGAI MACAM NI...
IMAM ORANG YANG WARAK..
IMAM ADALAH ORANG PENYABAR...
IMAM ADALAH ORANG YANG PATUH UNDANG-UNDANG...
IMAM ADALAH ORANG YANG BAIK-BAIK...
KALAU ADA IMAM YANG MACAM NI..
MEMANG PATUT DIA KENA JAIL...
BIAR JADI CONTOH DAN TAULADAN..
PADA IMAM YANG LAIN...

JPX

PUTRAJAYA, 8 Mac: Imam Haji Hoslan Hussin yang membaling kasut kepada barisan hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun dan dijangka akan dibawa ke penjara Kajang.

Beliau kini di tempatkan di lokap Balai Polis Putrajaya, kata isterinya.

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan lelaki itu membaling selipar ke arah panel hakim.

Hakim, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruh mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.

Hoslan minta maaf

5 comments:

Anonymous said...

PADAN MUKA ..... ISLAM KAH IMAM INI?
DIA BERDOA DEPAN PINTU MAHKAMAH ... TAPI TIDAK DIPERKENAN DOANYA...

Anonymous said...

telajak perahu boleh diundur terlajak baling kasut, buruk padahnya, dia ingat nak tiru wartawan baling kasut kat ex-president Bush.

Anonymous said...

cuba teka imam ni dari parti mana???

Anonymous said...

Parti Angkuh Se-Malaya laa

Anonymous said...

parti pasresit....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa