Melaka dengan bangganya menjadi negeri pertama yang mempunyai kapal selam sendiri.
Kapal Selam Ouessant Agosta yang merupakan kapal selam latihan ini telah dibawa pulang ke tanah air oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium kapal selam.
Objektif utama muzium ini adalah sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan mengenai maritim.
Fokus utama Muzium Kapal Selam Ouessant ini ialah mengenai sejarah kapal selam di Malaysia. Muzium tersebut akan dilengkapi dengan model kapal selam, diorama, audio visual, lukisan, peta lama dan pakaian krew kapal selam Ouessant dan sebagainya.
Tapi dalam masa yang sama, pembangkang terutamanya di Melaka kencang membidas berkaitan kemunculan kapal selam di Pantai Puteri ini.
Seperti biasa, apa sahaja perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan pasti ada kesalahannya di mata pembangkang. Buat ini salah, buat itu salah. Dah nama pun pembangkang kan…heheheh
Tapi pembangkang sikit tak nak dari sudut positif. Mereka tak sedar apa yang kerajaan buat ni akan beri kebaikan kepada semua pihak termasuk pembangkanmg itu sendiri.
Ikut pendapat aku, cerita macam ni.
1. Melaka ni memang negeri yang terkenal sebagai negeri yang sumber utamanya dating dari perlanconga. Dari perlanconganlah sumber utama pendapatan negeri.
2. Bila ada kapal selam ni, akan tarik lebih ramai pelancong datang ke Melaka. Pembangkang tak perasan ke Bandar Melaka berapa punya sesak kalau cuti hujung minggu dan masa cuti sekolah?? Aku yakin akan lebih ramai dating ke Melaka pada masa akan datang dan kapal selam ini akan jadi tumpuan ramai.
3. Bila bertambah ramai datang ke Melaka, maka dengan secara terus aliran tunai masuk ke Melaka akan meningkat.
Orang datang mesti nak tidur hotel, chalet, homestay kan?? Datang sini mesti nak makan asam pedas, ikan bakar kan??? Datang Melaka tak sah kalau tak beli belacan dan cencaluk kan??
Aku yakin dan percaya mesti ada jugak anak beranak pembangkang kat Melaka bukak hotel, chalet, homestay , kedai asam pedas, kedai ikan bakar, jual belacan dan cecaluk kan???
4. Bila makin ramai datang Melaka, makin luas peluang peniagaan golongan peniaga di Melaka kan?? Jadi untung ke rugi bila ada kapal selam sebagai satu lagi penarik pelancong datang ke Melaka??
Jadi apa yang kerajaan buat ni tentu sahaja memberikan keuntungan dan punca rezeki kepada semua rakyatnya yang nampak dan ambil peluang ini.
Secara peribadi, aku tak nampak pembaziran yang diwar-warkan oleh pembangkang ni. Pembangkang hanya tahu bercakap sebelum mereka berfikir.
Kalau nak dapat duit kenalah modal pakai duit dulu tak??
Cuba fikir dari sudut positif. Seharusnya kita bangga kerana kita ada kerajaan yang sentiasa berfikir untuk pastikan semua rakyatnya mendapat manfaat dari setiap projek yang kerajaan laksanakan.
Dengan adanya kapal selam di sini, Melaka yang sudah dikenali serata dunia akan terus menjadi pusat pelancong terkenal selama-lamanya.
Aku pun yakin dan percaya ramai jugak puak pembangkang tak pernah tengok kapal selam dari dekat dan naik kapal selam sepanjang tempoh mereka membangkang.
BN UNTUK MELAKA
JPX
4 comments:
Biasalah puak-puak kafir harbi ni mana suka tengok orang Melayu-Islam lebih maju, lebih cerdik dan lebih pandai dari suku sakat kaum setongkang mereka.
hehehe kapal selam untuk latihan ni memang tak boleh menyelam. Ia hanya simulator untuk anggota TLDM berlatih di Perancis dulu. Nurul Izzah a/p Anwar Pandy Kutty dan Tonyk Buah silap terima maklumat tapi cuba spin akhirnya kantoi menipu rakyat...kah...kah...kah. kerja jahat mana nak berkat!
ORANG MELAKA TAKDE HAL BENDA NI SEBAB DAH TAHU MEMANG TOK ALI BEST!!!
orang bodoh jer marah kalau kerajaan buat benda baik untuk rakyat
Hidup DAR..Hidup Melaka..Hidup BN...Allahuakbar..!!!
Post a Comment