Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, March 21, 2012

ANWAR IBRAHIM JALIN KERJASAMA DENGAN PENGHINA RASULULLAH SAW!!!


GAMBAR IHSAN THE MOLE
KUALA LUMPUR 19 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di persidangan India Today Conclave pada 16 dan 17 Mac lalu yang turut disertai penulis buku kontroversi, Salman Rushdie.

Malah, pada persidangan itu, beliau turut menyampaikan ceramah bertajuk 'Dari Diktator ke Demokrasi: Kejayaan Rakyat' manakala Salman menyampaikan ceramah bertajuk 'Merdeka: Saya Adalah Saya dan Itulah Saya'.

Mengikut jadual persidangan pula, Anwar dan Salman masing-masing telah menyampaikan ceramah pada 16 Mac.

Terdahulu dalam Twitternya, Anwar memberitahu beliau serta isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan datang ke persidangan itu sebagai membantah kehadiran Salman yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Laporan mengenai kehadiran Anwar itu didedahkan blog antarabangsa dan juga blog tempatan antaranya, RBF Online dan Pisau.net .

Satu-satunya ahli panel yang memboikot persidangan tersebut adalah bekas pemain kriket Pakistan yang kini menceburi dunia politik, Imran Khan kerana beliau membantah kehadiran Salman.

Pada tahun 1988, Salman menerbitkan buku Satanic Verses dan antara kandungannya, beliau mendakwa, wahyu kepada Rasulullah dihantar syaitan sebelum Baginda menyampaikan sebagai ayat atau surah dalam al-Quran.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa