Tahun lalu, beberapa minggu sebelum tarikh hari meraikan kekasih itu muncul, kerajaan@UMNO melalui pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan satu kempen yang diberi nama 'AWASI JERAT HARI VALENTINE'. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam tentang bahayanya meraikan hari yang dicipta khas untuk penganut agama Kristian itu.
Nasrudin Tantawi dan Dewan Pemuda PAS yang dipimpinnya tidak senang dan cemburu melihat usaha JAKIM berkenaan. Dan kerana tidak mahu dilihat pasif serta ketinggalan dalam usaha menyedarkan umat Islam tentang bahayanya meraikan hari berkenaan...Nasrudin telah merancang untuk melakukan perkara yang sama.
Dia dan barisan EXCOnya didalam Dewan Pemuda PAS Pusat sepakat untuk meniru dan melaksanakan apa yang telah diusaha, dirancang dan dilaksanakan oleh JAKIM itu.

Maka riuh rendah dan sibuklah mereka mewar-warkan kempen yang bakal mereka laksanakan itu keseluruh ceruk alam Tanah Melayu. Kononnya pada detik Hari Valentine mula diraikan nanti, Pemuda PAS dan jentera mereka akan melakukan 'sport check' keatas pasangan-pasangan yang mereka temui.
Tapi belum pun sempat kempen yang mereka ciplak dari JAKIM itu mereka laksanakan, mereka telah disergah oleh rakan sekutu mereka sendiri.
Anthony Loke yang amat ditakuti oleh Nasrudin
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke membantah keras kempen yang mahu dilaksanakan oleh Nasrudin Tantawi dan rakan-rakannya dalam Dewan Pemuda PAS Pusat itu.
Ini amaran keras yang dikeluarkan oleh Anthony;
"DAP sama sekali tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan “pemeriksaan tidak bermoral”terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih.
"Ia melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian dan kempen itu tidak pernah dibincangkan dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP".
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga...belum sempat demam akibat disergah oleh Ketua Pemuda DAP kebah, Nasrudin dan rakan-rakannya disergah sekali lagi. Kali ini oleh pemimpin mereka sendiri yang perangainya memang terkenal sebagai penjilat tegar DAP selain tunduk kepada Kristian.
No comments:
Post a Comment