Dari Hudzaifah bin Usaid al-Ghifari, beliau menceritakan bahawa Nabi pernah berkata;
“Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sebelum kalian melihat 10 tanda. Beliau menyebutkan ; Asap, Dajal, haiwan melata, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa bin Maryam, Yakjuj dan Makjuj, tiga gerhana matahari iaitu gerhana timur, gerhana di barat dan gerhana di jazirah Arab dan akhir dari semua itu adalah api yang keluar dari Yaman yang menghalau manusia ke Padang Mahsyar.” (Hadis Muslim)
Ramalan ramai saintis Barat menyatakan bahawa kiamat dijangka akan berlaku pada tahun 2012. Kononnya sistem cakrawala dan bintang-bintang akan hilang keseimbangannya lalu menyebabkan matahari semakin panas, tahi bintang pula semakin menghampiri bumi dan sebagainya. Bahkan ilmuan Barat juga turut mempercayai ramalan kalendar kuno bangsa Mayan (200 SM – 900 SM) dan teori ahli nujum Perancis berbangsa Yahudi Micheal Nostradamus (1503-1566M) yang menyatakan dunia akan kiamat pada tahun 2012. Maka pelbagai teori, filem dan dokumentari dibuat untuk membenarkan ramalan tersebut. Namun benarkah ramalan, tilikan dan nujum ini?
Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui bilakah terjadinya hari kiamat kelak! Namun sebagai umat Islam kita wajib meneruskan ibadah dan jihad demi menegakkan kesucian Islam serta maruah bangsa dari dihancurkan oleh musuh-musuh Islam.
Pelbagai tarikh kiamat diberi. Ada mengandaikan 20.12.2012, 21hb atau sepanjang bulan Disember 2012 nanti. Namun persoalannya, adakah ramalan ini tepat atau sengaja digembar-gemburkan kerana ada pihak yang ingin mewujudkan senario kelam kabut di mana ada segolongan manusia akan mengambil pelbagai kesempatan di atas kesusahan orang lain. Dalam masa yang sama, ada pihak yang mungkin akan mengaku atau ditabalkan sebagai Imam Mahdi, Isa Al-Masih, Nabi, Khalifah ataupun pemimpin anugerah tuhan yang ditunggu-tunggu untuk menyelamat manusia.
Yang pasti akan muncul golongan yang akan melupakan hal-hal ummahnya kerana lebih mementingkan ibadat dan akhirat, mengatakan orang lain sesat manakala para pemimpin mereka pula senang sekali menawarkan syurga kepada para pengikutnya. Lalu kesempatan itu juga akan digunakan oleh puak opportunis mengikis hak orang lain! Sekarang ini pun kita sudah melihat pelbagai bencana alam, kebejatan sosial, kemelut politik dan krisis ekonomi berlaku serentak dan telah menghuru-harakan dunia termasuk Malaysia.
Menjelang akhir zaman, sememangnya ramai yang menantikan kemunculan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Dalam kefahaman Islam, Imam Mahdi akan muncul sebagai panglima mujahidin yang akan memerangi angkatan Yakjuj dan Makjuj. Manakala Nabi Isa a.s akan diturunkan Allah dari langit untuk membunuh Dajjal.
Jumhur ulama mempercayai kemunculan Dajjal dan sentiasa berpesan agar umat Islam terus memerangi kejahatan Dajjal dan angkatannya. Namun hanya golongan berfahaman khawarij, jahmiyah dan muktazilah sahaja yang tidak mempercayainya, sebaliknya sibuk memerangi umat Islam lain demi mengembangkan pengaruh mereka.

Apakah ciri-ciri Al Mahdi itu? Antaranya beliau merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w dari nasab Saidina Hassan bin Ali, memiliki akhlak yang soleh, mengajak manusia melakukan makruf dan melarang yang mungkar serta akan muncul dari pertemuan tiga buah laut di kawasan matahari terbit di timur dan dapat menyatukan ummah di timur dan barat dunia. Namun adakah syarat-syarat tersebut telah kita ditemui?
Apa yang pasti ternyata syarat-syarat tersebut tidak menepati langsung kriteria kepada seorang perasuah, kuat menipu, suka maki hamun tetapi hebat mendapat sokongan kerajaan di timur dan barat dunia melalui amalan seks bebasnya serta fahaman pluralismenya yang membawa kepada gejala murtad. Kebiasaannya kegiatan Al Mahdi palsu ini amat dipelihara oleh kaum kuffar Dajjal melalui dana-dana haram bertujuan menghancurkan kekuatan umat Islam di sesebuah negara!

Dalam sejarah aliran sesat di dunia, telah ramai yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Di India misalnya, Mirza Ghulam Ahmad pengasas ajaran Qadiani Ahmadiyah mengaku dan diakui sebagai Al Mahdi oleh pengikutnya yang taksub.
Di Malaysia, semasa hidup mahupun telah mati pemimpin Al Arqam, Ashari Muhammad dipuja anak bini serta pengikutnya sebagai pemuda Bani Tamim yang menjadi Imam Mahdi dan dipercayai akan dilahirkan semula. Bahkan di Indonesia, pengasas ajaran sesat Komuniti Eden; Lia Aminuddin turut mengakui dirinya sebagai Malaikat Jibrail dan Bunda Maria manakala anaknya Ahmad Mukti ditabal sebagai Imam Mahdi dan Nabi Isa.

Bahkan dalam politik moden sekalipun, ramai pemimpin Islam pernah disamakan dengan Imam Mahdi kerana keberanian mereka menentang kezaliman Yahudi dan Barat seperti Yasser Arafat, Saddam Hussien dan Muammar Ghaddaffi.
Namun akhirnya mereka ini mati akibat kezaliman Yahudi dan sekutu-sekutunya. Negara-negara Islam yang lain seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Syria tidak lagi boleh diharap menjadi pemimpin ummah kerana menghadapi krisis politik dan kewangan yang meruncing memungkinkan mereka tunduk semula kepada kuasa-kuasa Barat yang membantu rakyatnya menggulingkan kerajaan sebelum ini seperti mana berlaku di Iraq dan Afghanistan. Manakala negara-negara Arab kaya yang lain lebih cenderung kepada Barat.

Kini tumpuan musuh-musuh Islam dihala pula kepada Iran sebagai sebuah kuasa Islam di rantau Asia. Dalam masa yang sama umat Islam didoktrinkan bahawa Iran mengamal ajaran syiah terbesar dunia. Namun, pemimpin Iran Mahmoud Ahmadinejad berjaya mendapat sokongan rakyatnya untuk menentang Barat dan Yahudi melalui doktrin bahawa tentera dan rakyat Iran disiapkan untuk menjadi pasukan mujahidin Imam Mahdi menentang angkatan Yakjuj, Makjuj dan Dajjal serta membebaskan Palestine.
Keadaan ini telah menyebabkan pendirian umat Islam terhadap negara tersebut berbelah bahagi namun ramai yang tidak mahu mencari kesepakatan mengukuhkan perpaduan ummah. Sedangkan kaum kuffar yang begitu takut dan benci dengan kebangkitan Iran akan menggunakan peluang ini untuk memecah belahkan lagi umat Islam.

Musuh-musuh Islam amat suka sekiranya umat Islam berseteru sesama sendiri dan sentiasa disibukkan dengan isu remeh-temeh. Mereka suka melihat umat Islam sibuk terlibat dengan kekacauan sedangkan mereka kononnya berkecuali, tetapi sebaliknya berusaha menghakis hak-hak ummah sedikit demi sedikit dari semua sudut dengan pelbagai cara.
Mereka gembira melihat golongan terpelajar Islam tercicir kerana menghabiskan masa melalak di jalanan dan hebat berdebat tentang kebebasan tetapi amat marah jika anak-anak mereka tidak diberikan peluang itu dan ini. Sampai masa di tahun 2020 jika tidak kiamat pun tahun 2012 dan tahun-tahun selepasnya, ditakuti semuanya akan dikuasai oleh mereka.
Kita pula hanya mampu meratap melihat nasib bangsa terhina kerana teras-teras ummah telah dimusnahkan oleh mereka yang rakus kuasa dan tidak amanah. Ketika itu adakah kita akan dan boleh diselamatkan oleh Sang Penyelamat? Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui nasib kita.
JPX

No comments:
Post a Comment