Lama tak jumpa…kelibat Datuk
Sharzly Eskay Abdullah yang hadir di satu majlis jamuan oleh Tan Sri Rahim
Thamby Chik di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang Jumaat,mencuri perhatian
tetamu lain.
Beliau kelihatan relaks
bersembang dengan sebilangan mereka .Ada juga yang datang bersalam dan
memeluknya erat penuh semangat.
Ini nyata berbeza dengan
sangkaan sesetengah orang mungkin salah seorang anggota trio Datuk T itu kini
tinggal dalam persembunyian ketakutan sejak buat pendedahan tentang video seks
yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.
Sangkaan ini tidak dapat
dielakan mengenangkan ketika pergi ke sebuah masjid di Sentul tidak lama dulu
bersama Rahim dan Datuk Shuib Lazim untuk lafaz sumpah bahawa pendedahan
tentang video seks benar,Eskay memakai baju kalis peluru.
Sebaliknya pada majlis
berkenaan beliau berpakaian baju Melayu dan dan tidak ada raut keresahan pada
wajahnya.
Eskay tersenyum ketika empat
wartawan Agendadaily yang turut hadir di majlis itu datang menyapanya
seolah-olah sedar beliau pasti akan ‘kena ambush’ dengan soalan isu yang masih
hangat diperbualkan itu.
Namun dicelah kemesraan
itu,rupanya bukan senang hendak pancing cerita baru tentang isu video seks yang
tiba-tiba membuat namanya jadi sebutan ramai.
Sebenarnya ' kesepian'
beliau,Rahim dan Shuib kebelakangan ini membuat ramai tertanya-tanya apakah
segalanya sudah berakhir.
Jolok punya jolok akhirnya
Eskay melontarkan ayat ringkas sahaja untuk menjawab pertanyaan itu :
'perjuangan belum selesai'.
Sebagai wartawan ini yang
buat syok untuk cuba korek lagi selanjutnya dari beliau.
Sayang sikit beberapa soalan
yang direct to the point mengenai isu video seks tidak dijawabnya.
Beliau nampak agak
berhati-hati untuk menyentuh soal itu.
Akhirnya setelah didesak
berkali-kali,Eskay mengeluarkan satu lagi ayat ringkas; "diam-diam
berisi".
Dalam bahasa mudah ia
membawa maksud dalam diam 'ada benda'.
Apapun pemahaman begitu
sahaja tidak cukup kecuali dengar dari mulutnya sendiri.
Ini mendorong akhirnya
beliau berkata," saya akan muncul bila tiba waktunya nanti".
Pun begitu ,beliau enggan
memberi indikasi 'bila' yang dimaksudkan 'bila tiba waktunya'.
Muncul bagaimana? Ini yang
menarik sekalipun jawabnya juga ringkas sahaja," ada pendedahan
selanjutnya."
Pada cubaan kami untuk korek
lagi apakah ia bakal mengegarkan atau tidak,beliau hanya menjawab dengan
senyuman yang 'ada makna'.
"Tunggulah..."itu
saja katanya sebelum perbualan bertukar kepada topik-topik santai lain.
Kesimpulan yang dapat dibuat
dari perbualan yang ' tak dapat korek habis' itu ialah ada orang yang mungkin
tidak lelap tidor bila terkenang-kenang pada Eskay yang kata'perjuangan belum
selesai'- Agendadaily
No comments:
Post a Comment