Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, November 12, 2011

TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN MENINGGALKAN MELAKA




MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini menamatkan lawatan khas dua hari ke Melaka. 


Majlis keberangkatan pulang Seri Paduka baginda berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di sini pada jam 9.50 pagi.


Keberangkatan tiba Tuanku Mizan ke lapangan terbang itu disambut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.


Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh. 

Mufti Melaka, Datuk Sahibus Samahah Rashid Redza mengetuai bacaan doa. 

Tuanku Mizan kemudian menerima sembah tabik Hormat Diraja dari Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan. 

Ratusan rakyat berbaris di sepanjang jalan dengan memegang Jalur Gemilang untuk mengucapkan selamat jalan kepada baginda. - BERNAMA 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa