Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, October 28, 2011

PAS PERLU DIPUJI KERANA PARTI POLITIK YANG PALING BERANI DI MALAYSIA!!!


JPX sangat tertarik dengan tulis Zaini Hassan dalam kolum Cuit minggu lepas >>>DISINI<<<. Selesai membaca artikel tersebut, aku tersenyum sinis dan berfikir sebentar.

PAS yang kini kembali kuat mencanang Hudud sebagai agenda mereka sebenarnya tidak lebih dari penipuan besar akhir zaman. Hudud hanya dijadikan modal politik murah lagi hina pemimpin PAS untuk menarik minat dan simpati rakyat.

Jika PAS yang mengaku sebagai satu parti yang memperjuangkan Islam dan bersungguh mahu melaksanakan Hudud, soalnya mengapa hanya bila menjelang pilihan raya barulah kajian, semakan, jawatankuasa itu ini berkaitan hudud ditimbulkan???

Dan bila soal ini ditimbulkan, ramai ustaz di dalam PAS membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak kurang yang berlagak pandai menghentam kerajaan kerana masih gagal melaksanakan hudud walaupun sudah berpuluh tahun menjadi kerajaan.

PAS handal bermain dengan dalil Al-Quran. Semua ini untuk mengeliru dan menarik minat semata-mata. Jika dalil ini gagal digunakan, PAS tidak segan silu dan tanpa rasa takut mencipta fatwa untuk meyakinkan rakyat bahawa memilih mereka adalah jaminan keselamatan di dunia dan akhirat.

Walaupun mendapat tentangan dari rakan dalam PR terutamanya DAP, PAS tetap juga mahu melaksanakan Hudud walau terpaksa meninggalkan PR. Itu adalah kata-kata pemimpin PAS kira-kira sebulan lalu namun sehingga hari ini tiada ada apa tindakan susulan dari dari mereka.

Pada pandangan peribadi JPX, jika PAS sungguh-sungguh mahu melaksanakan Hudud, ianya pasti sudah terlaksana lama dahulu. Hudud hanya satu mainan politik PAS dan umpun untuk mereka menarik minat dan simpati rakyat.

PAS sangat berani dalam politik. Mana tidaknya, mereka berani mempergunakan hukum Allah untuk politik mereka. PAS bukan setakat mempergunakan hukum Allah ini, malah turut mempermainkannya hanya demi memuaskan nafsu politik mereka dan "saudara" mereka di dalam PR.

PAS memang berani. 

Pujian sinis dari JPX

1 comment:

Jangan Kelentong said...

Nampak juga dalam blog rakan-rakan lain kata PAS IS DEAD. Apa kata kita bacakan TALKIN UNTUK PAS, buat pengajaran Parti-parti yang hidup nie. Biar semua sedar, tanggunjawab pemimpin amat berat untuk ditanggung. Insaflah saudaraku dari PAS, janganlah turutkan nafsu kuasa. Bila dah berkuasa taklaksanakan apa dijanjikan. Kami tuntut sampai akhirat janji-janji anda tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa