Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, October 12, 2011

GEMPAR: PENGEMBUMIAN JENAZAH DITANGGUH UNTUK DAPAT BERKAT TUAN GURU???

SEKADAR HIASAN


Pertamanya, JPX merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Hj Md Said Omar, veteren PAS Negeri Melaka yang telah kembali ke rahmahtullah beberapa hari lalu.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Serkam Pantai pagi semalam. Allahyarham merupakan bekas calon PAS Dun Serkam pada Pilihanraya Umum 1995 di mana beliau tewas kepada Ahli Parlimen Jasin sekarang Dato Ahmad Hamzah dengan majoriti 4,117 undi. Allahyarham memperolehi 2427 undi manakala Dato Ahmad Hamzah mendapat 6594 undi.

Apa yang JPX nak cerita dalam entri ini adalah kisah tentang TAKSUB!!! Memang kita semua sedia maklum bahawa penganut PAS ni memang semuanya taksub. Ada taksub pada pemimpin, ada taksub pada wanita dan ada juga yang taksub pada harta. 

Taksub penganut PAS ni pulak bukan tahap yang sedikit. Ketaksuban mereka ini boleh dikatakan sampai tahap membunuh, Memang tak ingat punya taksub. Kalau nak dijadikan contoh, penganut PAS ni sanggup tinggalkan benda yang wajib semata-mata kononnya menghormati pemimpin mereka.

Kesah taksub penganut PAS ini kalau mudarat pada diri mereka sahaja tak apa, ini sampai melibatkan orang lain. Pasal mereka yang benak dan kurang bijak, orang lain pulak yang terima bahana dari kebenakan mereka.

Ini kesah JPX dapat dari kedai kopi sekitar Serkam. Kesah ini juga ada sangkut paut dengan kematian Allahyarham Hj Md Said. Bukan untuk kasi buka aib, tapi sekadar ingatan tentang betapa taksubnya penganut PAS ini!!!

Kesahnya begini, bila Hj Said meninggal, ahli keluarga pun bawa ler balik ke rumah mereka di Serkam, Jasin, Melaka. Allahyarham meninggal di Hospital Besar Melaka. Bila jenazah dah sampai rumah, ahli keluarga pun uruskan apa yang patut. Ahli keluarga sepakat untuk sempurnakan jenazah pada malam itu juga kerana tidak mahu melewatkan urusan jenazah ini.

Tapi ada hal lain ler pulak. Kaum penganut PAS yang taksub ni datang dan halang ahli keluarga Allahyarham tak bagi kebumikan jenazah pada malam itu. Puak penganut PAS yang taksub ni kata kena tunggu pagi keesokan harinya baru boleh kebumikan jenazah. Alasan mereka, perlu tunggu pemimpin mereka untuk datang dan beri penghormatan terakhir pada jenazah baru boleh kebumikan jenazah tersebut.

JPX dengar, ahli keluarga Allahyarham pun bersetuju setelah didesak kuat oleh pemimpin penganut PAS itu. Jadi pengembumian jenazah itu ditangguh hingga ke pagi esoknya. Jadi mereka pun tunggu pagi hanya kerana nak tunggu pemimpin mereka sampai.

JAdi kita nilaikan sendiri dari cerita di atas. Puak penganut PAS yang taksub ni sanggup menangguhkan pengurusan jenazah sesama ahli mereka hanya untuk tunggu pemimpin mereka. Apa yang penting sangat pemimpin mereka??? Apa yang boleh diberikan oleh pemimpin mereka kepada jenazah Allahyarham??? Mengapa mereka sanggup buat begini terhadap ahli keluarga Allahyarham???


Last-last, takde sorang pun pemimpin besar yang mereka tunggu sampai. Hanya kalangan pemimpin PAS Melaka yang hadir. Memandangkan Allahyarham ini veteran, jadi mungkin pemimpin besar PAS tak berapa pandang kepada pemimpin mereka yang lama ni.

Hanya kerana taksub kepada pemimpin mereka sanggup melewatkan pengurusan jenazah yang hukumnya fardu Kifayah. Jika hukum yang fardu ni pun sanggup mereka mainkan, apa lagi hukum hakam yang kecil-kecil. Hukum Allah pun mereka permainkan, apa lagi hukum dunia.

Jika benar mereka pejuang Islam, kenapa mereka meletakkan kepentingan politik mereka di tempat paling atas??? Apakah dengan kehadiran pemimpin besar mereka, dosa Allahyarham dapat diampunkan dan dipermudahkan di alam yang lagi satu??? Tak perlu hipokrit dalam hal agama dan jangan politikan semua benda.

JPX

3 comments:

YB Raz said...

biasanya kalau meninggal malam orang akan kebumikan sebelum zohor esoknya iaitu waktu pagi.

tapi kalau dah siap semua kelengkapan, nak kebumikan malampun boleh.

tapi kalau nak tangguh semata mata nak tunggu pemimpin parti, tak payahlah.

lainlah kalau ahli keluarga allahyarham yang duduk jauh, masih boleh diterima.

semata mata nak tunggu pemimpin parti..Nik Aziz pun agaknya tak kenal allahyarham ni.

Anonymous said...

NI LER PUNCA KALAU TERLALU TAKSUB...JANGAN SAMPAI BENDA MACAM NI PUN NAK AMIK RINGAN

Jiwa Paradox said...

hebat orang pas. berkat dtg dari Allah ler bukan dari pemimpin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa