GEORGETOWN 1 Sept – Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP itu berkata, rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal Singh.
Karpal Singh berkata, Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Saya bukannya anti-Pas dan saya juga tidak anti-Mat Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,” katanya.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyataan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan. – Bernama
1 comment:
Kenyataan Mat Sabu bolih menyebabkan sokongan kepada Pakatan Rakyat akan menurun terutama dari kalangan orang Melayu.Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku Karpal Singh bermain wayang dengan mengeluarkan arahan itu kepada Mat Sabu sedangkan Karpal Singh dan kuncu-kuncunyalah penyokong dan pengamal idealogi komunis.Jadi kita jangan hairan atau tertipu.
Post a Comment