KREDIT UNTUK ANAK SEBERANG |
HAHAHAHAHA....
PADAN MUKA KO...
SIAPA SURUH KAU SELALU CAKAP DUSTA...
KAN DAH KENA...
KALAU TAK SALAH APA NAK TAKUT...
KALAU SALAH JANGAN LUPA BAYAR SAMAN....
TAPI BAYAR GUNA DUIT SENDIRI...
JANGAN GUNA DUIT KERAJAAN...
SEMOGA ALLAH BERSAMA ORANG YANG BENAR!!!
JPX
Badan Perhubungan Umno Pulau
Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
kerana didakwa membuat tohmahan dan fitnah terhadap Umno bertujuan mencemar
nama baik dan kredibiliti Umno sebagai sebuah parti politik orang Melayu.
Pengerusinya Datuk Zainal Abidin
Osman berkata, notis tuntutan itu memberi Lim tempoh tujuh hari mulai esok
untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat
fitnah kepada Umno.
Katanya, jika Lim gagal berbuat
demikian, Umno akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan
susulan.
Beliau memberitahu pemberita di
Georgetown hari ini, Umno Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed
Yunoos daripada Jahaberdeen & Co sebagai peguam mengendalikan kes saman malu
ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.
"Sekiranya menang wang ini
kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, bantu orang miskin, anak-anak yatim,
ibu tunggal dan mereka yang memerlukan," katanya.
Zainal Abidin berkata saman malu
yang difailkan terhadap Lim adalah atas beberapa tuduhan fitnah antaranya ialah
dakwaan kononnya Umno terlibat secara langsung dalam demonstrasi aman di
hadapan Komtar dan di atas Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.
Lim juga telah menuduh anggota
Umno terlibat dalam kejadian kebakaran di luar pejabat DAP Pulau Pinang di
Jalan Talipon pada 17 Ogos lalu, walaupun polis baru sahaja memulakan siasatan
terhadap kes itu.
"Umno tidak boleh
dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan oleh
setiap anggotanya. Bagi kes demonstrasi ia sebenarnya dianjurkan oleh badan
bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Lim dan
kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Lim tidak boleh terima
penjelasan saya dan menuduh saya menipu atas alasan penglibatan Senator Ezam
Mohamad Nor dan beberapa individu lain yang ada kaitan dengan Umno,"
katanya.
Ditanya mengapa Umno mengambil
masa yang terlalu lama untuk mengemukakan saman terhadap Lim, Zainal Abidin
berkata: "Sebelum ini segala dakwaan dan tuduhan yang dibuat terhadap Umno
(adalah) dianggap ia sebagai asam garam dalam politik.
"Tetapi bermula awal Julai
lepas kita dapati Lim telah melampaui batasan dan setelah berbincang dan
mengumpulkan semua bukti barulah kita ambil keputusan untuk memfailkan saman
malu," katanya.
Beliau berkata Umno tidak
tergesa-gesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim kerana
beranggapan bahawa pemimpin itu berada dalam keadaan emosi yang tidak terkawal
setiap kali membuat kenyataan.
"Dia (Lim) mungkin tertekan
dengan sokongan terhadap DAP yang semakin berkurangan di Pulau Pinang, keadaan
emosi yang tidak stabil ini mungkin terbawa-bawa ketika dalam kerja,"
katanya.- Bernama
1 comment:
padan muka kau lahanat...
duit orang melaka kau dah kebas...
sekarang rasakan apa yang kau buat!!!
Post a Comment