KUALA LUMPUR 23 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendendangkan lagu lama apabila mendakwa kes liwat yang sedang dihadapinya kini adalah konspirasi politik pucuk pimpinan negara, dakwaan yang dibuatnya pada 1998.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Ketua Pembangkang itu bukan mahu mencari kebenaran berhubung kes liwatnya tetapi menggunakan proses mahkamah sebagai medan kempen politik.
"Dengan memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia menunjukkan sikap pengecut apabila mengelak disoal balas.
"Dia pasti akan terus mencari helah untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes liwatnya supaya kempen politiknya berterusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Anwar semalam memilih untuk memberi keterangan bela diri berhubung kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dari kandang tertuduh.-UTUSAN
No comments:
Post a Comment