Kejujuran Mat Sabu mengaku bahawa dia pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai Al Sheikh Al Juburi patutlah dipuji. Sekurang-kurang dia ikhlas dalam membuat tuduhan, walaupun kini dia sendiri telah angkat bendera putih. Klik di sini
Persoalannya kenapa Mat Sabu yang ketika itu penceramah PAS paling tersohor sanggup gelar Anwar dengan label yang paling hina, Al Juburi ?
Tiada mana-mana individu yang sanggup memberi gelaran sehina itu kepada Anwar kecuali tokoh PAS tersohor itu.
Bermulanya Kisah Al Juburi
Kes ini berlaku pada tahun 1997. Ketika itu, Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO yang merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
Pada 5 Ogos 1997, adik bongsu kepada Azmin Ali telah menghantar sepucuk warkah keramat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melaporkan skandal Anwar terbabit dengan bini orang – bini Azmin Ali dan meliwat seorang pemandu bernama Azizan Abu Bakar. Klik di sini
Bini Azmin namanya Shamsidar Taharin yang merupakan kakak ipar kepada Ummi Hafilda sendiri. Manakala Azizan Abu Bakar pula merupakan bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail.
Lepas tidak tahan kena liwat dengan Anwar, ketika jadi pemandu peribadi isteri Anwar, Azizan berhenti kerja dan jadi pemandu pemandu peribadi bini Azmin, Shamsidar Taharin pula.
2 comments:
Mat Sabu sekarang jadi tukang kipas Al Juburi?
http://apakecoh2.blogspot.com/
Mat Sabu skrg dah tukar pendirian jadi tukang kipas Al Juburi.
Nurul Izzah suka makan benda haram? Baca di sini!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment