Muktamar Pas ke-57 telah berakhir dengan menyaksikan keputusan pemilihan pucuk pimpinan yang paling sengit dalam sejarah, namun saf kepimpinan baru yang terpilih kali ini disifatkan sebagai yang terbaik dalam sejarah parti itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pucuk pimpinan parti itu kali ini mempamerkan gabungan terhebat antara golongan ulama dan profesional Pas, serta dijangka bakal menguatkan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang.
Meskipun begitu, cakap-cakap politik menyifatkan kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas bakal membuka lembaran baru untuk parti itu yang selama ini hanya di anggap sebagai ‘parti kelas ketiga’ oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Pada sesi yang lalu, ketika Nasharuddin Mat Isa menyandang jawatan Timbalan Presiden, Pas dilihat sangat lemah apabila berhadapan dengan PKR atau DAP di dalam beberapa perkara dasar yang menjadi pertikaian antara parti yang membentuk Pakatan Rakyat itu.
Abdul Hadi sememangnya mengakui bahawa terdapat perbezaan ketara mengenai dasar, ideologi dan perjuangan antara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu, namun mungkin kerana Pas sebelum ini bersikap pasif serta enggan bertelingkah pada hubungan yang masih setahun jagung itu, maka mungkin parti itu mengambil sikap mengalah.
Ekoran sikap mengalah oleh Abdul Hadi, dan Nasharuddin yang menjadi Timbalannya itu hanya berdiam diri, maka Pas dilihat seolah-olah ‘termakan nasi kangkang’ apabila hanya menurut apa saja dasar serta tindakan rakan-rakan politiknya itu walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan mereka.
Misalnya, kes rampasan arak yang berlaku di Shah Alam yang dilakukan oleh Datuk Hassan Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan berkenaan hal ehwal agama Islam Selangor, terpaksa dikembalikan apabila pemimpin DAP, Ronnie Liu, campur tangan.
Contoh yang paling jelas yang membuktikan Pas terpaksa menggadai perjuangan asal parti itu sejak 60 tahun ditubuhkan ialah apabila pucuk pimpinannya terpaksa bersetuju dengan penubuhan negara kebajikan, di mana Pas dilihat seolah-olah ‘dipaksa’ melupakan agenda asal mereka untuk menubuhkan negara Islam, atau ‘daulah Islamiyyah’.
Namun, dengan terpilihnya Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden bagi sesi 2011-2013 kali ini dikhabarkan bakal menyaksikan perubahan di dalam hubungan di antara PAS, PKR dan DAP yang hanya baru di’ijab kabul’kan sejak tiga tahun lalu.
Mereka-mereka yang mengikuti perkembangan semasa politik tanahair tentunya arif tentang hubungan dingin di antara Mohamad Sabu dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta menurut desas-desus politik, pertelingkahan antara mereka adalah serius dan bersifat peribadi.
Sejarah menceritakan betapa Mohamad Sabu membenci Anwar. Sejak Anwar mengisytiharkan dirinya menyertai UMNO pada tahu 1982, tidak henti-henti Mohamad Sabu menyerangnya. Tidak mengira apa jua isu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ itu seolah-olah tidak memberi ruang langsung untuk Anwar ‘bernafas’. Ada saja yang tak kena pada Anwar di mata Mat Sabu.
Sebagai contoh, Mat Sabu adalah individu yang bertanggungjawab yang menggelarkan Anwar dengan gelaran ‘Al-Juburi’, meskipun ketika itu tidak ada sebarang dakwaan serius mengenai penglibatan Anwar dengan aktiviti meliwat.
Malah pada satu masa, Mat Sabu turut bergandingan bersama Karpal Singh di dalam Dewan Parlimen untuk mendesak pihak Kerajaan untuk menyiasat Anwar, yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri, di atas dakwaan meliwat dan mereka turut mendakwa memiliki bukti kukuh mengenai dakwaan itu.
Mungkin di atas sikap Mat Sabu yang kerap menyerang Anwar itu, maka mereka berdua ‘berkerat rotan’ dan ‘tidak sebulu’ sehingga kini.
Meskipun Mohamad Sabu memberitahu mynewshub.my bahawa beliau telah berhenti menyerang Anwar sejak Anwar bertukar menjadi pembangkang, tidak semestinya hubungan dingin dan pertelingkahan antara mereka berdua turut reda.
Mungkin kedua-dua tokoh pembangkang itu mampu ‘berlakon’ intim bersama di hadapan penyokong-penyokong pembangkang dan menafikan sebarang sengketa antara mereka, namun hakikatnya, ramai yang sedar bahawa hubungan mereka sememangnya ‘tidak berlaga angin’.
Sebenarnya, menurut tinjauan saya pada Muktamar Pas baru-baru ini, cakap-cakap antara perwakilan di gerai-gerai makan di sekitar Markaz Tabiyah Pas Taman Melewar itu membayangkan harapan mereka terhadap Mat Sabu bagi mengembalikan maruah Pas di dalam Pakatan Rakyat.
Mereka mengharapkan agar Mat Sabu mampu menjadi Pas sebagai parti dominan di dalam Pakatan Rakyat memandangkan suara parti itu yang sering tenggelam pada setiap perkara yang diputuskan di dalam keputusan dan tindakan pakatan itu.
Mampukah Mat Sabu menggalas harapan dan mengkabulkan impian para perwakilan Pas, hanya masa sahaja yang akan menentukan. Mohamad Sabu tidak punya banyak masa untuk membuktikan kemampuannya menonjolkan kehebatan Pas di dalam Pakatan Rakyat, Pilihanraya Umum ke-13 diramal bakal berlangsung pada tahun ini atau tahun depan sahaja.
Sekiranya Mat Sabu gagal memenuhi harapan perwakilan ini, maka mungkin Mat Sabu bakal mengikut jejak langkah Nasharuddin memandangkan lebih dari enam orang yang akan mengintai-ngintai untuk mengambil alih tempatnya untuk menjadi orang nombor dua parti itu.
SUMBER MYKMU
3 comments:
sanggup kah kita terima hadi awang dan mat sabu as pm o menteri kita? cuba la highlight hal ini...level pemikiran mcm org kpg je.
Ini semua adalah rancangan Cina DAP utk merampas Putrajaya dari tangan kaum Melayu.
PR sedar yg mereka tidak mungkin boleh merampas kuasa politik dan memerintah Malaysia setelah menunjukkan cara pentadbiran yg buruk di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan.
Maka Cina DAP mahu menggunakan jalan pintas utk memerintah Malaysia. Caranya adalah sangat mudah, dgn menggunakan Mat Sabu yg sangat terhutang budi dgn Lim Guan Eng dan DAP Penang. Mat Sabu memanglah seorang pakar demonstrasi yg berpengalaman. Mat Sabu akan diarah utk mengumpul seberapa ramai orang terutamanya kaldai2 PAS utk membuat demo Bersih. DAP akan membiayai demo itu tetapi melihat dari jauh sahaja.
Dlm perhimpunan begitu ramai orang, rusuhan sangat mudah utk dicetuskan. Maka berlakulah pergaduhan pihak yg berdemo dgn pihak keselamatan Kerajaan.
Sedarkah kita semua, bhw Armada Amerika sudah siap menunggu dekat Singapore, kononnya utk mengadakan latihan bersama dgn tentera Singapore?
Bila tercetus sahaja rusuhan, tentera Amerika akan masuk campur kononnya utk menjaga keselamatan sekutu kuatnya di rantau ini iaitu Singapore. Tentera Amerka ini akan menyokong pihak perusuh utk menentang pasukan keselamatan Kerajaan Malaysia.
Maka ramailah pemimpin2 PAS akan terbunuh atau ditangkap atas kesalahan merusuh.
Cina DAP dgn sokongan Singapore dan Amerika akan mulalah memerintah The Republic of Malaysia.
Kita semua, terutamanya kaum Melayu sangatlah berharap agar Hishamuddin tidaklah duduk dan memberi amaran demi amaran shj.
Ambillah tindakan proaktif.
CEGAHLAH SEBELUM PARAH.
MELAYU MUDAH LUPA ............
DAP Cina Komunis mmg dah lama nak jadi tuan...
cina dah ada kuasa ekonomi dan mereka rasa mereka sudah layak jadi tuan di tanah orang...
Melayu pulak ada yang sanggup jadi baruah cina ni..
Post a Comment