Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, May 24, 2011

TUN MAHATHIR SEMAKIN SIHAT: ANWAR IBRAHIM SEMAKIN TENAT!!!



KUALA LUMPUR 24 Mei - Keadaan kesihatan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus bertambah baik, menurut pegawai khas beliau Sufi Yusoff.

Doktor di Institut Jantung Negara (IJN) kini beralih pada tablet antibiotik oral untuk menggantikan rawatan intravenous, kata beliau.

Dalam e-mel kepada Bernama, beliau berkata rawatan itu juga menumpukan pada latihan pemulihan yang membabitkan berjalan-jalan di wad berkenaan, selain menerima fisioterapi dada.

"Doktor bergembira dengan keadaan Dr Mahathir yang boleh makan dengan baiknya. Beliau akan terus menerima rawatan di IJN untuk membenarkan doktor memantau sepenuhnya kemajuan kesihatannya,” kata beliau.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 18 Mei untuk rawatan jangkitan di dada setelah demam dan batuk.

Dalam perkembangan lain, Sufi juga menjelaskan bahawa Dr Mahathir tidak akan hadir pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-17 di Tokyo, Jepun pada Khamis ini seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata sungguhpun Dr Mahathir bersetuju untuk menghadiri persidangan itu, doktor telah menasihatinya agar tidak membuat perjalanan buat seketika ini. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa