KUALA LUMPUR 11 Mei - Pemasangan cakera brek pada kenderaan secara tidak betul boleh mengakibatkan komponen itu tertanggal dengan sendiri.
Pengarah Penyelidikan Biomekanik dan Keselamatan Kenderaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof. Madya Dr. Wong Shaw Voon berkata, penggunaan bahan komponen yang tidak berkualiti juga boleh mengundang permasalahan tersebut.
Katanya, pemanduan kenderaan secara keterlaluan atau dipandu dalam keadaan luar biasa turut menjadi punca berkenaan.
"Kalau dalam keadaan biasa, cakera brek tidak akan tertanggal kerana ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan.
"Mungkin semasa pemasangan (cakera brek) sebelum itu tidak mengikut standard sebenar atau ia tidak direka bentuk untuk menahan keadaan sedia ada,'' katanya.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan Mercedes Benz S350 yang lazimnya digunakan majikannya itu.
Dalam kejadian 19 April lalu, pemandu peribadi itu mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat akibat pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan seperti dimaklumkan oleh mekanik.
Dalam pada itu Shaw Voon berkata, pengguna kenderaan yang menghadapi permasalahan itu perlu membuat pemeriksaan bagi menyiasat punca sebenar.
"Jika kemungkinan ia disabotaj, hanya mereka yang mempunyai alat dan kepakaran sahaja boleh berbuat demikian (mengeluarkan skru pada cakera brek),'' katanya.
Seorang mekanik, Khairul Nizam Mohd. Hanapiah pula berkata, ciri-ciri keselamatan pada kenderaan Mercedes Benz sangat tinggi berbanding model kereta lain.
Justeru katanya, kemungkinan cakera brek pada kenderaan itu tertanggal sendiri mustahil akan berlaku, melainkan perlanggaran kuat di bawah pemanduan melebihi 80 kilometer sejam.
"Kalau kita buka tayar Mercedes dia ada skru untuk kunci cakera brek, ia tidak akan tercabut jika tayar tidak tercabut.
"Kemungkinan ada orang tanggalkan skru yang menyokong cakera brek itu amat rendah kerana ia memakan masa berbuat demikian kecuali ada kesilapan semasa servis pemasangan brek,'' katanya -UM
3 comments:
korg tau x ape maksud kcd 77 nie....kongkek china doll 77....hahahahaha
30 36 77
30 36 77
Post a Comment