Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, May 23, 2011

JEFF OOI ANTI ISLAM KENA DENDA RM150,000 KERANA FITNAH



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan Anggota Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, membayar RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah, dalam satu saman fitnah.


Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Jagdeep Singh Deo, yang mewakili Ooi, dan peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor mewakili Mohd Razali yang tidak dapat hadir kerana berada di Mesir kerana urusan rasmi sebagai anggota lembaga pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ).

Hakim Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata, pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau "mad man" (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.

Hakim Vazeer Alam berkata, walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lalu, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi telah menggunakan perkataan itu.

Katanya mahkamah juga mendapati saksi yang dipanggil oleh Ooi iaitu pegawai khasnya, Teng Kar Yuen, tidak boleh dipercayai kerana Teng mempunyai hubungan dengan Ooi.

Ooi didakwa pada 1 Feb tahun lalu kerana memfitnah Mohd Razali dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam.

Kenyataannya itu telah disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan termasuk akhbar berbahasa Cina pada 2009.

1 comment:

Dot said...

Alhamdulillah. Allahuakbar!

lps ni jgn lagi juak2 pakatan kata ini kes rasis!

suratkhabar cina sendiri yg laporkan si ooink ni sebut 'mad man' ka mohd razali...

jgn pulak kata mahkamah tak adil sebab saksi bebaslah yg beri keterangan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa