Itulah yang dapat penulis simpulkan dari sesi wawancara eksklusif antar bekas rakan karib Anwar, Dato Shazryl Eskay Abdullah seperti disiarkan di Utusan Malaysia hari ini.
Memang Eskay tidak punya kelayakkan professional untuk menilai tahap emosi Anwar, tapi sebagai bekas kawan karib, cakapnya tu memang ada merit dibanding balaci penyokong yang ramai tak pernah berkawan dengan Anwar pun.
Soal emosi Anwar yang tidak stabil ini pada penulis bukanlah suatu yang mengejutkan. Sejak sekian lama Anwar sudah banyak menunjukkan tahap ketidak stabilan emosinya melalui pelbagai tindakannya yang tidak selaras dengan imej yang cuba ditunjukkan kepada rakyat.
Contohnya, dalam bercakap mengenai konspirasi berhubung kes liwatnya, Anwar sendiri berkonspirasi untuk menghalang Perdana Menteri dari menduduki jawatannya sekarang dengan mencipta pembohongan Altantunya. Dalam soal kebebasan media yang konon lebih baik, Anwar mahu Utusan diharamkan.
Kelakar dari satu sudut, menunjukkan ketidakstabilan emosi dari sudut yang lain.
Lebih lagi dalam keadaan tertekan, memang emosi mudah terganggu dan kita semua tahu Anwar ada pelbagai masalah moral dan krisis kepimpinan yang membelenggu dirinya. Cubaan mengaitkan semua masalah ini dengan UMNO tidak membuahkan hasil langsung.
Rakyat bukan bodoh!
Kita pulangkan kepada rakyat Malaysia sama ada mahu berPerdana Menterikan orang yang seperti ini, gila seks pun dia, gila pun dia.
Orang Turki yang sekular itu pun faham akan tanggungjawab moral untuk meletak jawatan bila terpalit dengan skandal moral dan terakam pulak tu. Anwar? Toksah kata letak jawatan, makin bongkak lagi ada.
CREDIT TO mykmu.net
1 comment:
kata kawan aku tadi 'puak2 pembangkang tuduh umno ngok tapi yg bongok ialah pembangkang kerana mereka terus dibongak oleh ketua pembongak mrk yg bongok....PM16sept konon!!!'
Post a Comment