Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, March 14, 2011

ANAK BUAH NIK AZIZ / PEMUDA PAS KELANTAN TAUKE PIL KUDA????


KOTA BHARU 14 Mac – Polis Kelantan menahan seorang pemuda dipercayai pengedar dadah berumur 20-an dan merampas 21,390 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM427,000 Sabtu lalu.

Rampasan dadah tersebut disifatkan terbesar di negeri ini pada tahun ini.

Ketua Jabatan Narkotik negeri, Supritendan Md. Azmi Othman berkata, polis turut menyita dua buah kenderaan milik suspek iaitu Honda Civic dan Perodua Myvi.

Beliau berkata, polis juga menemui wang tunai sebanyak RM73,711 dipercayai hasil urusan jual beli dadah, dalam bonet Perodua Myvi itu.

Jelasnya, ketika serbuan dibuat, suspek yang merupakan warga tempatan sedang bersembunyi di dalam tangki air bahagian atas rumahnya di Nilam Puri dekat sini, dan cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas.

"Polis bertindak atas maklumat awam dan ketika serbuan, suspek seorang diri di rumah itu kerana ibu bapanya difahamkan sedang menjalankan perniagaan mereka di Ketereh.

"Suspek cuba melarikan diri dengan menyorok di dalam tangki air di rumah itu namun usahanya hanya sia-sia dan kita berjaya menahannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini. - Utusan

1 comment:

vulcan933 said...

padahlah nik ajis kuat mcm kuda..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa