Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, February 01, 2011

PAS HILANG UPAYA TUBUH NEGARA ISLAM!!!


KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Tidak ada jalan untuk PAS menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia, menurut anggota Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad.

Bercakap pada Forum Hubungan Bangsa dan Agama hujung minggu lepas, yang dilaporkan dalam portal berita di sini Isnin, beliau berkata berdasarkan demografi politik di Malaysia tidak ada jalan untuk PAS mewujudkan sebuah negara Islam.

Menjawab soalan semasa forum itu, katanya terdapat 60 peratus orang Islam kepada 40 peratus bukan Islam dan malah PAS tidak ada sokongan daripada kesemua 60 peratus orang Islam.

Negara Islam hanya wujud semasa era Nabi Muhammad S.A.W di Madinah, kata beliau ketika menjawab soalan peserta lain yang membangkitkan contoh negara Islam seperti Pakistan.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa