PETALING JAYA - Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein dan Presiden MIC, Senator Datuk G. Palanivel berkemungkinan akan dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet yang dikatakan bakal diumumkan lewat petang ini.
Palanivel timbalan menteri Perladangan dan Komoditi merupakan Presiden MIC menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu.
Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir juga dikatakan berkemungkinan akan turut dilantik.
Difahamkan, sekiranya rombakan tersebut berlaku, pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan penuh menjelang lewat petang ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kini sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, Jabatan Perdana Menteri. - Sinar Harian
HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM..
No comments:
Post a Comment