Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, January 21, 2011

PAK LAH TURUT HADIR DI PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM ADUN MERLIMAU


JASIN: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Chincin Tengah, di sini selepas solat Zohor, Jumaat.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa dengan van dari kediamannya di KampungTersusun, Lipat Kajang di sini dan disembahyangkan di Masjid As Sajadin SimpangKerayong.

Lebih 1,000 jemaah menghadiri solat jenazah yang diimamkan oleh Mufti KerajaanNegeri Melaka Datuk Rashid Redza Mohd Salleh.

Antara kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd KhalilYaakob, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri DatukSeri Mohd Ali Rustam yang mengiringi jenazah sehingga selamat dikebumikan.

Allahyarham Mohamad Hidhir, 54, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian danPembangunan Desa negeri, meninggal dunia di Hospital Pakar Putra 8.10 malamsemalam setelah mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas

1 comment:

Laksamana Bentan said...

Salam, blog Tuan sangat membantu, saya sudah klink blog ini.
Teruskan perjuangan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa